Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 30/11/2107
Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka tertangguh untuk dikongsikan. Ada sikit pengajaran yang Ai dapat dari peristiwa hari ini.
Sekitar jam 11pagi, dapat notis semburan kabus (Fogging) akan dibuat pada jam 6.30 petang. Dalam notis tu dimaklumkan kena tutup akuarium. Kat rumah Ai ada akuarium kecil. 2 kaki x 1kaki x 1kaki je saiznya. Dalamnya ada ikan puyu dan ikan koi. Konon terapi kat rumah, tengok ikan-ikan berenang, bermain sesama mereka. Sebab akuarium tu tak bertutup, Ai mula bertanya macam mana nak buat. Sayang tau walaupun ikan-ikan tu bukan mahal harganya. Dapat ilmu baru. Tutup dengan kain lembab. Guna je kain lampin hero masa kecik. Basahkan dan tutup permukaan akuarium. Ai terus buat je. Takut lupa kalau dah hadap benda lain. Kerja rumah banyak nak diselesaikan.
Bila tiba jam 6.30petang, Ai dan anak-anak dalam rumah. Sekali hero sulung intai tengok ke luar. Menjerit ketakutan dia. Jenuhla Ai kejar dan peluk. Tenangkan dia. Tapi tak berjaya. Dia melepaskan diri dan lari ke tempat jauh dari ruang depan. Kali ni Ai ikut dia. Ai peluk. Dia nampak sangat ketakutan.Trauma. Ai pujuk dia jangan takut. Bonda ada. Bonda peluk ni. Ai tanya apa yang dia nampak.
Pertama kali melihat pakaian si penyembur kabus dengan muka tertutup itu menakutkan hero sulung. Padahal sudah biasa lihat pakaian begitu versi kartun dalam cerita Upin Ipin. Jadinya, Ai kaitkan persamaan cerita Upin Ipin dengan pakaian yang baru dilihat itu. Syukur Ya Allah engkau kembalikan semangat heroku yang hilang. Ai paling risau kalau dia teringat-ingat sampai terbawa dalam tidur. Mengigau dan bangun menangis di tengah malam. Ya, memang dia teringat tapi tidak mengigau. Alhamdulillah. Ai rasa Ai bonda yang berjaya untuk hero. Ai boleh tenteramkan jiwanya yang ketakutan. Padahal hero sulung lasak orangnya. Tidak terjangka dia akan menjadi sebegitu.
Peristiwa ini akan Ai kenang. Banyak pengajaran yang pelajari hari ini. InsyaaAllah akan dikisahkan pada hero kemudian waktu kelak.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Memaparkan catatan dengan label Catatan Harian. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Disember 2017
Ahad, 26 November 2017
Bermalasan Kala Hujan
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 26/11/2017
Hari rehat sedunia. Bermalas-malas di rumah. Amboi... Macam hari lain pergi kerja jauh dari rumah. Tak sedar diri betul.
Hujan sepanjang hari. Makanya, hero pun terperap dalam rumah. Ai apatah lagi. Berguling golek jelah dalam rumah. Hero pulak melompat atas katil. Nasib encik ketua rumah kat bilik lain. Kalau tidak, dengar la dia membebel. Tapi selalunya dia lagi menyakat hero menambah riuh rumah. Tu penyebab ada yang dengki dengan keluarga kecil Ai dulu.
Hujan-hujan rasa lapar kan? Hero sulung minta cekodok. Ubat melasak dalam rumah, dan belajar dengan eBook. Ai tak ada idea nak buat cekodok yang banyak bahan. Sekadar cucur kembung manis je. Menjadilah. Kata encik ketua rumah, 'mulut tak nak berenti kunyah'. Hahahaha sedap tak sedap, jadi sedap musim hujan yang asyik lapar ni.

Sabtu, 25 November 2017
Tadika : Belajar dan Bermain Seiring
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 25/11/2017
Kelas intensif hari ini dibatalkan. Macam tahu je garak hati Ai bila ibu pelajar batalkan kelas hari ini. Ai memang berhajat nak bawa hero kesayangan ke Tadika Mama Bestari berhampiran rumah. Tadika ni ada buat majlis sukaneka dan konvo. Saja nak bawa hero yang sangat-sangat teruja nak bersekolah tu. Malangnya Ai tak dapat pulak nak snap barang sekeping dua gambar untuk diselitkan di sini.
Seronok hero tengok dari aktiviti sukaneka, pemberian hadiah, konvo sehinggalah ke jamuan ringan dan majlis hari jadi pelajar. Masa rehat selepas sukaneka, Ai ajak balik ke rumah dahulu. Iyalah, majlis ditangguhkan ke pukul 2.30 petang pula. Tapi hero seolah-olah tak nak balik. Dah balik ke rumah langsung tak nak tidur siang. Takut tak dapat ke tadika. Masya Allah. Sangat teruja dia. Terus cari buku dan pen untuk menulis. Ya, Ai ajar secara santai-santai sahaja. Tidak mahu memaksa. Walaupun sekarang ramai yang bagitahu anak usia 3 tahun sudah boleh membaca. Oh, Ai tidak ingin sesekali membebankan hero kesayangan ini. Usia sekarang biarlah dia belajar dengan seronok.
Bagi Ai sama macam yang Ai pernah kongsikan mengenai tadika pilihan (Maaf Ai belum tahu nak link ke entri itu, nanti Ai cuba ye.) Ai pernah ikut kakak Ai yang mengajar tadika. Memang ada silibus untuk diikuti. tapi pelajar belajar dengan santai. Masa belajar pun selang seli dengan aktiviti menulis, melukis, mewarna. Tidaklah asyik mengadap buku, menghafal semata-mata.
Semasa cikgu umumkan kejayaan anak-anak tadika, Ai turut gembira. Penilaian dibuat sejak awal tahun. Bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata. Ya, ini yang sepatutnya.
Oklah, Panjang sangat bebel hari ini. Ai nak jenguk muka buku sekejap. Mungkin ada yang nak buku Fuiyoo dan eook-ku. Mana tahu, kan?

Jumaat, 24 November 2017
Bila Dia Buat Hal
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 23/11/2017
Rata-rata orang sekarang pengguna telefon bimbit atau tablet untuk memudahkan urusan harian. Tetapi telefon bimbit sahaja, tanpa dilengkapi data internet, seolah-olah telefon pintar itu tiada fungsi. Kini semua urusan memerlukan data internet yang laju dan efisyen. Bila talian internet mengalami gangguan, macam-macam rungutan yang dapat didengar.
Bagi peniaga online, gangguan data menyebabkan iklan mereka tidak dapat dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Bagi peniaga online, transaksi gagal dibuat. Kerja-kerja pejabat juga tergendala. Bagi blogger, tiada catatan baru dapat diterbitkan. Hah inilah yang Ai nak ceritakan sebenarnya. Ai berusaha untuk siapakan cabaran 44 entri dalam masa 10 hari. Ini cabaran untuk diri sendiri. Ai tahu takat mana kemampuan Ai. Nak cipta rekod baru macam susah, jadi Ai cabar diri untuk kekalkan rekod. Ai gagal sebab masalah inilah. Gangguan pada data internet.
Mulanya Ai pelik bila facebook tidak dapat dibuka. Biasanya, pop, sekejap sahaja dapat. Bila tiak dapat ke muka buku, Ai teruskan kerja-kerja rumah. Kemudian, bila nak buat kemas kini blog juga berlaku masalah, Ai ceritakan pada encik ketua rumah. Dia yang beritahu ada gangguan pada talian celcom. Ai cuba guna data penyelamat pula. Talian maxis. Juga sama.
Ikhtibarnya, tiada data internet pun teruslah jalani kehidupan seperti biasa. Tanpa perlu merungut. Siapkan kerja-kerja rumah. Boleh lebih masa untuk ingat si Dia yang Agung setia menyayangi diri Ai. Alunkan zikir dan selawat. Tanpa facebook, tanpa iklan, InsyaAllah tetap ada rezeki. Yakin pada DIA.

Rabu, 22 November 2017
Salah Siapa?
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 22/11/2017
Hari ni masa mengajar intensif, pelajar istimewa Ai telah menyebut ayat yang sangat mengejutkan Ai. Tak tahu macam mana nak digambarkan perasaan ini sebenarnya. Baru usia 7 tahun. Tapi ayatnya menakutkan.
Kisahnya Ai tunjukkan buku cerita bergambar. Buku yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak, dengan kaedah suku kata. Pelajar ini belum lancar membaca. Juga ada masalah untuk fokus pada pelajaran. Ai sangkakan, buku tu menarik minatnya untuk membaca. Sekali komennya pada gambar dalam buku itu mengejutkan. Siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini?
"Eh... macam perempuan kena rogol", itu ayatnya. Komen gambar seorang puteri yang kebasahan. Memang serabai pakaiannya. Kena hujan. Tapi komen sebegitu seolah-olah dia tahu sangat tentang rogol.
Ada yang sudi kongsikan dengan Ai macam mana nak buat lepas ni andai berulang lagi pernyataan berbaur lucah sebegini? Utan terima kasih Ai ucapkan pada yang sudi.

Selasa, 21 November 2017
Teruslah Belajar
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 21/11/2017
Hari ni, Ai baru pertama kali menjejak dobi layan diri. Jangan gelakkan Ai. Ni pengalaman baru bagi Ai. Walaupun perkara biasa bagi semua. Dah lama nak pergi tapi ada je halangan. Selain tu, dok terfikir juga, pandai ke Ai guna? Maklumlah tak pernah guna. Dalam hati berdoa, adalah yang sudi tolong. Hehehe๐ Dah sampai kat sana, sederet tu je ada 4 kedai dobi layan diri. Ai tak memilih pun. Harganya sama sahaja.
Sebagai orang yang tak pernah ke tempat begini, Ai baca je maklumat yang ada di dinding kedai dobi tu. Nak tanya orang takde orang. Jadinya, belajar sendiri. Ai dah masukkan dalam mesin dan ikut panduan yang diberi. Nasib menjadi. Lepas tu baru ada orang lain masuk. Ai perhatikan pulak caranya. Oh, sama je dengan cara Ai buat. Kiranya betullah. Dah tahu caranya, Ai masukkan lagi dalam mesin kedua. Banyaknya basuh? Eh, Ai basuh toto. Bukan basuh baju pun. 4 toto Ai bawa. Banyakkan? Nak basuh sendiri mesin basuh kat rumah kecik je. Lagi pun takde tempat nak jemur. Basuh, keringkan nanti balik rumah boleh terus kemas. Tak serabut mata tengok.
Bagi Ai, walaupun kecil je belajar hari ni, tapi tetaplah belajar. Banyak benda yang kita tidak tahu. Kalau diikutkan, setiap hari kita boleh belajar perkara baru. Masa bersembang dengan jiran, mungkin ada ilmu yang diselitkan. Masa melayan kerenah anak, ada perkara baru tentang penjagaan anak yang kita baru belajar. Buka perlu belajar formal semata-mata.
Kisah ke kedai dobi layan diri je pun, tapi berjela Ai bebel. Takpe, bebelan Ai ni boleh buat semua senyum. Kan? Ha...๐

Isnin, 20 November 2017
Mencari Aura
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 20/1102017
Hari ini diuji dengan rasa lesu, mengantuk sahaja. Nak buat kerja rumah pun rasa alas. Bukan sebab Isnin yang biru. Ai bukan kena keluar bekerja. Kerja di rumah sahaja pun. Bukan sebab sengatan tebuan. Ini aura dalaman diri. Aura menjauh.
Selalunya bila aura pada tahap ini, zikir solat jadi malas. Malah ada kala ditambah dengan sakit perut. Sebab Ai pernah termakan. Itu jadinya. Nak tak nak, kena pulihkan. Lawan rasa malas. Ingat anak-anak yang perlu dipantau sentiasa.
Macam mana Ai lawan rasa malas, lesu, mengantuk ni? Ai bilas dengan air garam lepas mandi. Garam kan penawar. Garam juga boleh pulihkan aura. Atasi kebocoran aura. Moga aura positif berpanjangan.
Ginilah nasib bila pernah terkena. Padahal tiada apa yang lebih pada diri seorang Ai untuk didengkikan. Hanya manusia biasa. Sama macam orang lain. Tapi itulah nikmat ujian yang Allah kurniakan. Berbahagialah.

![]() |
| Cantik pemandangan ini. Sekadar hiasan. |
Ginilah nasib bila pernah terkena. Padahal tiada apa yang lebih pada diri seorang Ai untuk didengkikan. Hanya manusia biasa. Sama macam orang lain. Tapi itulah nikmat ujian yang Allah kurniakan. Berbahagialah.
Jumaat, 17 November 2017
Air oh Air
Teks : Asyikin Aziz
Diari Terbuka 17/11/2017
Tengahari tadi tetiba tiada air. Hairan sangat. Hari Jumaat tak sepatutnya air ditutup. Lagipun tiada sebarang notis diterima. Bila tanya pada jiran, katanya rumahnya ada air. Elok je. Mungkin ada budak-budak yang main meter. Tapi, meter air rumah Ai tersorok sikit. Ai abaikan aje. Tengahari berlalu tanpa masak.
Petang, elok saja air mengalir laju. Hero kesayangan pun boleh mandi dan main air macam biasa. Maghrib pun sama. Elok saja Ai boleh masak. Tapi bila Isyak, air makin perlahan. Cuma perlahan. Hero main dengan kawan depan rumah. Bila encik ketua rumah pulang, Ai mengadu air perlahan sangat. Dia cuba tengok meter. Katanya meter diusik.
Yang jadi persoalan, siapakah yang usik? Apakah hero memanjat bahagian rak kasut semata-mata untuk usik meter air? Ai langsung tidak terfikir tentang meter sebenarnya. Alhamdulillah air dah ada. So, sebarkan senyum sahajalah. Misi membasuh kain kena teruskan.

Khamis, 16 November 2017
Tiada luar biasa menarik
Teks : Asyikin Aziz Foto : Ihsan Google
Diari terbuka 16/11/2017
Hari ni Ai dapat banyak ilmu parenting. Join kumpulan Whatsapp "Tips Didik Anak Genius". Macam-macam yang sahabat dalam kumpulan tu kongsikan. Ai tak banyak berkongsi sebab Ai cuma ada 2 anak kecik je. Ai cuma implemen je saranan rakan kumpulan pada hero Ai. Ada yang Alhamdulillah hero nampak positif, ada yang hero buat tak tahu je.
Hari ni berkongsi tentang pendedahan anak-anak dengan gajet dan cara memilih tadika terbaik untuk anak. Gajet untuk anak, tak perlu cerita banyak. Boleh belek lebel buku jualan. Ada gajet untuk si cilik kat situ. Cara memilih tadika terbaik untuk anak Ai kongsikan di blog ini. Ada yang ak baca ke?
Tunggu ye Ai kongsikan di lain entri ๐
Tu, cer tengok gambar kat bawah. Agaknya dia pandang mana ya? Selamat meneka.

Rabu, 15 November 2017
Kalau rezeki
Teks : Asyikin Aziz Foto: Whatsapp
Diari terbuka 15/11/2017
Hari ni dari pagi cuba mencari idea untuk dimuatkan ke blog ini. Kerenah hero kesayangan tiada yang menarik untuk dikongsikan. Menu yang dimasak untuk keluarga juga biasa-biasa. Nak dicerita rutin harian, alah sama aje dengan ibu-ibu yang lain. Tiada yang menarik sangat hari ini.
Oh, masa pelajar tuisyen datang tadi ada seorang budak datang tanya. Boleh ke dia nak belajar tuisyen juga. Agak-agak apa yang Ai jawab? Ai pernah mengajar kat kampung dulu, kawan-kawan adik. Ade yang datang belajar dengan Ai dengan gembiranya. Tapi ibu bapa dia tak izinkan dia datang belajar. Padahal masa tu, Ai langsung tak ada minta bayaran pun. Yang membayar pun bukan Ai yang letak harga. Mereka bagi seikhlas hati.
Dah tahu ape yang Ai jawab? Ya Ai tanya ibunya kat mana? Rumah yang mana satu. Ai tak nak suka-suka ajar anak orang lagi. Cukuplah dengan pengalaman dulu. Walaupun keluarga pelajar tu tak datang dan marahkan Ai, tapi Ai rasa tak seronok.
Kalau betul budak tu nak belajar dan keluarganya izinkan, pasti ibunya datang jumpa Ai, kan? Kita tunggu sahajalah. Kalau ada rezeki Ai dengannya, adalah. Ai bukan boleh nak ajar ramai-ramai sangat. Nak juga kena melayan kerenah hero yang lasak juga.
P/s: Bawah ni Ai kongsikan cara peluk anak yang Ai dapat dari kumpulan whatsapp. Moga bermanfaat.

Selasa, 14 November 2017
Umur Berapa Boleh Membaca?
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 14/11/2017
Hari ni ada pelajar baru untuk kelas intensif. Belajar Bahasa Melayu. Bakal ke tahun 2 pada Januari nanti. Cantik dan lembut orangnya. Perempuan. Sehingga hari ini, berstatus anak tunggal. Manja dan dimanjakan berlebihan jika dilihat pada gayanya.
Sejujurnya Ai tidak sangka masih ada yang tidak boleh membaca semasa di Tahun 1 di kawasan pinggir bandar ini. Di tempat tinggal Ai sekarang pembangunannya sangat jauh berbeza berbanding di kampung Ai. Tapi dengan kekurangan fasiliti dulu, Ai boleh membaca dengan lancar sejak masih di Tadika Kemas. Begitu juga dengan adik-adik.
Terlintas di fikiran, mungkin pelajar baru Ai hari ini terlalu dimanjakan. Pernah ternampak bapanya yang membawa beg sekolah ketika balik dari sekolah. Malah ada kala didukung keluar dari kereta ke rumah. Lama memegang status anak tunggal menjadikan pelajar ini sedemikian. Seolah tidak pandai berdikari. Tetapi pandai membawa diri dan bijak berbahasa dengan orang lebih dewasa.
Sepatutnya ibu bapa tidak memanjakan anak berlebihan. Ada ketika perlu bertegas juga. Supaya kelak tidak memakan diri. Ini nasihat untuk diri sendiri. Memang kedua-dua hero Ai nampak manja, tapi bonda mereka ini garang orangnya. Antaranya, mainan yang ada di rumah boleh disepahkan. Tapi perlu dikemas sendiri selepas main. Dikutip masuk ke dalam bakul. Simpan di tempat yang dikhaskan.
Mujurnya, pelajar ini minat untuk belajar. Nampak keinginan untuk membaca. Malah bila tamat sesi belajar, masih minta izin untuk terus membaca. Bersama-sama hero Ai yang baru nak mengenal A, B, C. Maka otak Ai ligat mencari cara untuk lebih mencambah minatnya untuk belajar. Syukur menjadi.
P/s: Sifat seseorang kadang-kadang dipengaruhi oleh kedudukan dalam keluarga, sebagai anak tunggal, anak sulung, anak tengah atau anak bongsu. Bagaimana mereka melihat diri semasa dibesarkan.

Isnin, 13 November 2017
Pilih saluran yang betul
Teks : Asyikin Aziz Foto : Ihsan Google
Diari terbuka 13/11/2017
Hari ni hari Isnin. mungkin bagi sesetengah orang Isnin itu monday blues. Tapi bagi Ai, hari apa pun sama sahaja. Tetap bersemangat untuk menempuh kehidupan, melalui hari baru. Seronok melalui cabaran setiap hari dengan hero yang sedang membesar. Walau ada kalanya tidak tercapai akal betapa mereka semakin hari semakin bijak. Ada sahaja perkara baru yang mereka hidangkan untuk bonda mereka.
Meneliti kumpulan Whatsapp, terjumpa satu pertanya berbaur peribadi. Bila ada yang bertanya, makin panjanglah cerita sebenar dikongsikan. Anda rasa ini saluran yang betul ke untuk berkongsi masalah? Kalau kumpulan Whatsapp itu kumpulan sokongan atau nama lainnya support group In Shaa Allah perkongsian anda selamat. Hanya berlegar dalam kumpulan itu sahaja. Tidak dibawa keluar. Tetapi kumpulan tadi, walaupun tidak dikenali ahli kumpulan, tetap masalah peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.
Inilah masyarakat kita. Lebih rela berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja dan mendengar nasihat, Kemudiannya keliru, nasihat mana yang nak diikut sekiranya ada beberapa nasihat berbeza? Alangkah bagusnya jika masalah itu dibawa dan dibincang dengan kaunselor. Masalah anda selamat, tidak dijaja kerana kaunselor mempunyai kod etika yang perlu diikuti. Malah kaunselor tidak memberi nasihat. Hanya membantu menyelesaikan masalah anda dengan berpandu pada teknik-teknik kaunseling.
Kenapa takut untuk berjumpa kaunselor?Kaunselor tidak memberi nasihat. Hanya membantu menyelesaikan masalah klien dan klien sendiri yang membuat keputusan bagaimana nak selesaikan masalahnya.

Ahad, 12 November 2017
Metafizik dan Pembelajaran
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 12/11/2017
Mengajar tuisyen memang tak sesusah cikgi-cikgu mengajar di sekolah. Tuisyen di rumah biasanya seorang pelajar dengan seorang guru. Kalau berkumpulan pun, bilangan peljarnya terhad. Memudahkan pemantauan.
Pelajar tuisyen biasanya memang minat nak belajar. Ini tidak mendatangkan masalah pada guru. Tapi yang dipaksa ibu bapa kerana nak tengok prestasi cemerlang ini sedikit mencabar. Mereka perlu diajar dengan lebih berhemah.
Hari ini Ai mengajar tuisyen intensif. Menariknya, pelajar ini tahu di mana tahap dirinya. Dia pun minat nak belajar. Nampak macam senang, kan? Tapi angka asas dirinya menjadikan dia tidak fokus. Angka asas berdasarkan metafizik. Jadinya, ilmu metafizik juga Ai aplikasikan semasa mengajar tuisyen.
Ada 9 asas diri dalam metafizik. Jadi, ada 9 cara berbeza untuk diplikasikan dengan pelajar. Ini juga boleh membantu pelajar kenal potensi dirinya. Ke mana hala tuju selepas menamatkan pengajian peringkat menengah atas.
Suka Ai kongsikan, metafizik buka ramalan atau tilik nasib. Tapi satu bidang pengajian. Bagaimana pun, lain orang lain pendapat. Cuma kena ingat, ilmu Allah itu maha luas.

Sabtu, 11 November 2017
Berbaur Cemburu
Teks Asyikin Aziz
Diari Terbuka 11/11/2017
Cabaran 44 entri dalam masa 20 hari, sekurang-kurangnya 2 entri sehari. Tapi bila Puan Masayu bagitahu dalam group whatsapp ada yang dah berdesup laju meninggalkan yang lain, oh Ai sangat-sangat cemburu. Cemburu sebab Ai tidak mampu nak mengejar. Ini pun banyak lagi yang nak kena touch up bagi nampak cantik menarik dan tertarik.
Rasanya semua pun cemburu kan kalau kita baru belajar merangkak atau bertatih, tapi ada kalangan kita yang bukan saja berjalan, tapi berlari laju. Yang tak cemburu tu, jenis yang tak suka bersaing. Suka dalam zon selesa je. Bukan jenis Ai la begitu.
OK lah, misi nak mengejar ni. Kejar setakat terdaya. Yang pasti akan kucecah garis penamat. Aamiin.

Jumaat, 10 November 2017
Hero sakit perut vs Metafizik
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 10/11/2017
Hero cilik mengadu sakit perut. Masuk bilik air dah tercirit sebelum duduk di mangkuk tandas. Menangislah dia kegelian. Cepat-cepat datang bersihkan dan dudukkan ke mangkuk tandas.
Keluar dari bilik air, ingatkan dah OK. Cuma sapu minyak serai. Tak panas dan bau wangi. Merengek minta gosok perut. Layankan sajalah. Hero sulung? Hmmm pantang gril tak berkunci, lesap. Main dengan abang dan kakak, katanya. Selalunya gril berkunci. Tapi tadi lepas jemur baju, lupa nak manggakan.
Budak manja tu sekali lagi mengadu perut sakit. Tepuk-tepuk je, bunyi macam kembung. Hairan juga, macam mane boleh jadi? Kat kampung kalau kembung mak suruh tuam perut. Tapi tungku tak ade. Hehe tak panik. Ringkas mudah lagi senang, Ai isi air panas dalam botol stok susu si cilik ni. Guna tuala kecik untuk bungkus. Rasa suam-suam tu, tekap kat perut si cilik. Eh, dia suka pulak. Macam tak pernah kena tuam gayanya. Yelah, dulu-dulu tuam masa masih bayi. Mana mampu nak ingat. Lagipun, keupayaan mengingat bermula seawal usia 4 tahun. Tapi anak-anak generasi sekarang yang makin bijak mungkin lebih awal?
Sebelah petang, sembang dengan jiran. Bercerita tentang kaedah penomboran yang boleh kenal sifat dan keupayaan diri. Kaedah metafizik. Biasa dengar/baca tentang kaedah ni?
Tadi bersembang ringkas saje. Biasalah hidup berjiran, kan? Jiran minat nak belajar. InsyaAllah ada ruang kena selit kelas ajar metafizik. Belajar asas metafizik percuma sahaja. Nak belajar lebih lanjut tu biasanya ada mahar. Ai pun masih belajar metafizik ni. Peringkat tinggi. Tapi belajar secara online je. Tak perlu keluar rumah. Sambil kemas rumah, layan hero dan update mukabuku ๐
Maaflah ye kalau rase Ai ni syok sendiri. Ai masih baru menulis di ruangan terbuka. Masih mencari identiti penulisan. Teguran dan komen pastilah diterima. Masih belajar. Mana tak tahu Ai belajar. Dah tahu Ai mengajar dan berkongsi.
Salam hormat๐,
Cikgu tuisyen di rumah cum penjual buku pendidikan.

| Inilah hero cilik yang perasan hensem! |

Khamis, 9 November 2017
Rezeki tak diduga
Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 9/11/2017
Kak Siti : Hah, Syikin ni akak nak offer kerja.
Ai : Kerja? Kerja ape tu?
Kak Siti : Tadi masa akak pergi depan tu, owner tadika tanya Fatin. Nak offer dia kerja. Fatin kan belum habis belajar. Pastu akak teringat Shikin boleh mengajar. Akak cadang Shikin tadi.
Ai : Oh, ingat kerja ape tadi.
Kak Siti : Shikin pergilah kat tadika tu. Akak dah bagitahu dah tadi.
Ai : Start bila tu?
Kak Siti : Tahun depan. Bolehla. Kerja pun sampai pukul 1 tengah hari je. Adam dah sekolah kan? Afif ni boleh bawa. Dia dah 3 tahun kan tahun depan?
Ai : Haah, ikut tahun kira 3 tahunla. Tapi kira macam mane kalau bawak dia?
Kak Siti : Tu nanti tanya kat sana lah. Boleh runding. Bolehla Kin, walaupun gaji kecik. Dari duduk rumah je. Tak ganggu jadual mengajar tuisyen.
Perbualan siang tadi dengan Kak Siti, jiran sebelah rumah. Offer kerja mengajar kat tadika berdekatan rumah. Rezeki datang tanpa disangka. Sebelum ni Ai pernah mohon kerja di tadika. Masa anak sulung masih kecik. Tapi tak dapat. Katanya sebab gaji sebelum tu besar. Tak sepadan dengan gaji yang tadika tu mampu offer. Tapi kali ni, rezeki datang bergolek. Haruskah Ai terima atau perlukah Ai lupakah kemahuan untuk berbakti pada nusa bangsa?
Betullah kan, dulu minta kerja cikgu tadika tapi tak dapat sebab Allah nak bagi yang lagi baik. 2 Minggu lepas tu dapat kerja kat ofis. Bolehlah sikit sebanyak apply ilmu yang belajar kat U dulu. Gaji pun dah tentu lebih baik. Sekarang, dapat rezeki kerja tadika tanpa mohon. Hanya direkemen oleh jiran.
Dulu belum masa untuk kerja begini. Sekarang baru sesuai. Agaknya, begitulah kan? Kerja sambil jaga anak sendiri depan mata. Hero sulung ada di sebelah dengar perbualan kami. Laju dia cakap, "Cepatlah bonda kita pergi sekolah. Cikgu dah panggil tu." Dia yang super excited nak ke sekolah. Harapnya, bila tiba masa ke sekolah nanti keinginan nak ke sekolah tak pudar. Walau sekadar untuk bermain dan berkawan.

Langgan:
Catatan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Diari Terbuka 17/11/2017 Tengahari tadi tetiba tiada air. Hairan sangat. Hari Jumaat tak sepatutnya air ditutup. Lag...