Teks : Asyikin Aziz
Diari Terbuka 17/11/2017
Tengahari tadi tetiba tiada air. Hairan sangat. Hari Jumaat tak sepatutnya air ditutup. Lagipun tiada sebarang notis diterima. Bila tanya pada jiran, katanya rumahnya ada air. Elok je. Mungkin ada budak-budak yang main meter. Tapi, meter air rumah Ai tersorok sikit. Ai abaikan aje. Tengahari berlalu tanpa masak.
Petang, elok saja air mengalir laju. Hero kesayangan pun boleh mandi dan main air macam biasa. Maghrib pun sama. Elok saja Ai boleh masak. Tapi bila Isyak, air makin perlahan. Cuma perlahan. Hero main dengan kawan depan rumah. Bila encik ketua rumah pulang, Ai mengadu air perlahan sangat. Dia cuba tengok meter. Katanya meter diusik.
Yang jadi persoalan, siapakah yang usik? Apakah hero memanjat bahagian rak kasut semata-mata untuk usik meter air? Ai langsung tidak terfikir tentang meter sebenarnya. Alhamdulillah air dah ada. So, sebarkan senyum sahajalah. Misi membasuh kain kena teruskan.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Jumaat, 17 November 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan