Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 23/11/2017
Rata-rata orang sekarang pengguna telefon bimbit atau tablet untuk memudahkan urusan harian. Tetapi telefon bimbit sahaja, tanpa dilengkapi data internet, seolah-olah telefon pintar itu tiada fungsi. Kini semua urusan memerlukan data internet yang laju dan efisyen. Bila talian internet mengalami gangguan, macam-macam rungutan yang dapat didengar.
Bagi peniaga online, gangguan data menyebabkan iklan mereka tidak dapat dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Bagi peniaga online, transaksi gagal dibuat. Kerja-kerja pejabat juga tergendala. Bagi blogger, tiada catatan baru dapat diterbitkan. Hah inilah yang Ai nak ceritakan sebenarnya. Ai berusaha untuk siapakan cabaran 44 entri dalam masa 10 hari. Ini cabaran untuk diri sendiri. Ai tahu takat mana kemampuan Ai. Nak cipta rekod baru macam susah, jadi Ai cabar diri untuk kekalkan rekod. Ai gagal sebab masalah inilah. Gangguan pada data internet.
Mulanya Ai pelik bila facebook tidak dapat dibuka. Biasanya, pop, sekejap sahaja dapat. Bila tiak dapat ke muka buku, Ai teruskan kerja-kerja rumah. Kemudian, bila nak buat kemas kini blog juga berlaku masalah, Ai ceritakan pada encik ketua rumah. Dia yang beritahu ada gangguan pada talian celcom. Ai cuba guna data penyelamat pula. Talian maxis. Juga sama.
Ikhtibarnya, tiada data internet pun teruslah jalani kehidupan seperti biasa. Tanpa perlu merungut. Siapkan kerja-kerja rumah. Boleh lebih masa untuk ingat si Dia yang Agung setia menyayangi diri Ai. Alunkan zikir dan selawat. Tanpa facebook, tanpa iklan, InsyaAllah tetap ada rezeki. Yakin pada DIA.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan