Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 26/11/2017
Hari rehat sedunia. Bermalas-malas di rumah. Amboi... Macam hari lain pergi kerja jauh dari rumah. Tak sedar diri betul.
Hujan sepanjang hari. Makanya, hero pun terperap dalam rumah. Ai apatah lagi. Berguling golek jelah dalam rumah. Hero pulak melompat atas katil. Nasib encik ketua rumah kat bilik lain. Kalau tidak, dengar la dia membebel. Tapi selalunya dia lagi menyakat hero menambah riuh rumah. Tu penyebab ada yang dengki dengan keluarga kecil Ai dulu.
Hujan-hujan rasa lapar kan? Hero sulung minta cekodok. Ubat melasak dalam rumah, dan belajar dengan eBook. Ai tak ada idea nak buat cekodok yang banyak bahan. Sekadar cucur kembung manis je. Menjadilah. Kata encik ketua rumah, 'mulut tak nak berenti kunyah'. Hahahaha sedap tak sedap, jadi sedap musim hujan yang asyik lapar ni.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Diari Terbuka 17/11/2017 Tengahari tadi tetiba tiada air. Hairan sangat. Hari Jumaat tak sepatutnya air ditutup. Lag...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto: Whatsapp Diari terbuka 15/11/2017 Hari ni dari pagi cuba mencari idea untuk dimuatkan ke blog ini. Kerenah he...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan