Isnin, 13 November 2017

Pilih saluran yang betul

Teks : Asyikin Aziz    Foto : Ihsan Google

Diari terbuka 13/11/2017

Hari ni hari Isnin. mungkin bagi sesetengah orang Isnin itu monday blues. Tapi bagi Ai, hari apa pun sama sahaja. Tetap bersemangat untuk menempuh kehidupan, melalui hari baru. Seronok melalui cabaran setiap hari dengan hero yang sedang membesar. Walau ada kalanya tidak tercapai akal betapa mereka semakin hari semakin bijak. Ada sahaja perkara baru yang mereka hidangkan untuk bonda mereka.



Meneliti kumpulan Whatsapp, terjumpa satu pertanya berbaur peribadi. Bila ada yang bertanya, makin panjanglah cerita sebenar dikongsikan. Anda rasa ini saluran yang betul ke untuk berkongsi masalah? Kalau kumpulan Whatsapp itu kumpulan sokongan atau nama lainnya support group In Shaa Allah perkongsian anda selamat. Hanya berlegar dalam kumpulan itu sahaja. Tidak dibawa keluar. Tetapi kumpulan tadi, walaupun tidak dikenali ahli kumpulan, tetap masalah peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.

Inilah masyarakat kita. Lebih rela berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja dan mendengar nasihat, Kemudiannya keliru, nasihat mana yang nak diikut sekiranya ada beberapa nasihat berbeza? Alangkah bagusnya jika masalah itu dibawa dan dibincang dengan kaunselor. Masalah anda selamat, tidak dijaja kerana kaunselor mempunyai kod etika yang perlu diikuti. Malah kaunselor tidak memberi nasihat. Hanya membantu menyelesaikan masalah anda dengan berpandu pada teknik-teknik kaunseling.

Kenapa takut untuk berjumpa kaunselor?Kaunselor tidak memberi nasihat. Hanya membantu menyelesaikan masalah klien dan klien sendiri yang membuat keputusan bagaimana nak selesaikan masalahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...