Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 25/11/2017
Kelas intensif hari ini dibatalkan. Macam tahu je garak hati Ai bila ibu pelajar batalkan kelas hari ini. Ai memang berhajat nak bawa hero kesayangan ke Tadika Mama Bestari berhampiran rumah. Tadika ni ada buat majlis sukaneka dan konvo. Saja nak bawa hero yang sangat-sangat teruja nak bersekolah tu. Malangnya Ai tak dapat pulak nak snap barang sekeping dua gambar untuk diselitkan di sini.
Seronok hero tengok dari aktiviti sukaneka, pemberian hadiah, konvo sehinggalah ke jamuan ringan dan majlis hari jadi pelajar. Masa rehat selepas sukaneka, Ai ajak balik ke rumah dahulu. Iyalah, majlis ditangguhkan ke pukul 2.30 petang pula. Tapi hero seolah-olah tak nak balik. Dah balik ke rumah langsung tak nak tidur siang. Takut tak dapat ke tadika. Masya Allah. Sangat teruja dia. Terus cari buku dan pen untuk menulis. Ya, Ai ajar secara santai-santai sahaja. Tidak mahu memaksa. Walaupun sekarang ramai yang bagitahu anak usia 3 tahun sudah boleh membaca. Oh, Ai tidak ingin sesekali membebankan hero kesayangan ini. Usia sekarang biarlah dia belajar dengan seronok.
Bagi Ai sama macam yang Ai pernah kongsikan mengenai tadika pilihan (Maaf Ai belum tahu nak link ke entri itu, nanti Ai cuba ye.) Ai pernah ikut kakak Ai yang mengajar tadika. Memang ada silibus untuk diikuti. tapi pelajar belajar dengan santai. Masa belajar pun selang seli dengan aktiviti menulis, melukis, mewarna. Tidaklah asyik mengadap buku, menghafal semata-mata.
Semasa cikgu umumkan kejayaan anak-anak tadika, Ai turut gembira. Penilaian dibuat sejak awal tahun. Bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata. Ya, ini yang sepatutnya.
Oklah, Panjang sangat bebel hari ini. Ai nak jenguk muka buku sekejap. Mungkin ada yang nak buku Fuiyoo dan eook-ku. Mana tahu, kan?
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan