Ahad, 19 November 2017

Buku Cerita VS Majalah

Teks  : Asyikin Aziz

Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan bahan bacaan. Bukan bergantung penuh pada buku-buku sekolah sahaja. Banyak jenis bahan bacaan yang boleh dikenalkan pada anak. Ada buku cerita, majalah dan komik. Jenis bacaan ini, seeloknya yang diminati oleh anak-anak. Ibu bapa kena tahu anak-anak suka bacaan yang macam mana.

Untuk anak tadika atau darjah 1, banyak jenis buku cerita yang boleh dibeli. Buku yang menggunakan kaedah fonetik lebih baik. Membezakan suku kata dengan beberapa warna berbeza. Biasanya buku cerita ini ada beberapa siri. Cerita yang ringkas dalam bahasa mudah dan senang difahami anak-anak.

Begitu juga majalah. Terdapat beberapa jenis majalah untuk kanak-kanak. Antaranya majalah Kuntum, Asuh dan Ana Muslim. Dalam majalah terdapat beberapa segmen. Juga bergambar dan berwarna. Ini dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Diterbitkan berkala.

Antara buku cerita dan majalah, kedua-duanya boleh memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Tetapi untuk anak yang baru pandai membaca, buku cerita lebih baik. Mereka akan teruja untuk mengetahui lebih banyak cerita dalam siri yang sama. Dengan kaedah fonetik membantu mereka lebih lancar. Manakala majalah dengan beberapa segmen yang ada, kadangkala tidak sesuai untuk anak-anak yang baru pandai membaca dan belum lancar lagi. Majalah lebih sesuai untuk yang telah lancar dan mempunyai kosa kata yang luas.

Ajar dan latih anak membaca setiap hari untuk mengukuhkan kosa kata. Ini membantu mereka lebih faham jalan cerita yang dibaca. Boleh juga minta anak-anak kongsikan cerita yang dibaca untuk mengetahui kefahaman anak-anak. Melaburlah sedikit setiap bulan. Tidak rugi kerana buku cerita atau majalah tiada tarikh luput.

Pupuk minat anak membaca dari kecil. Jadikan buku cerita dan majalah kawan baik. Anak yang bijak terhasil dari didikan ibu bapa bijak dengan cara yang bijak.

Salam Kasih,
Berimpian miliki pustaka mini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...