Jumaat, 1 Disember 2017

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 30/11/2107

Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka tertangguh untuk dikongsikan. Ada sikit pengajaran yang Ai dapat dari peristiwa hari ini.

Sekitar jam 11pagi, dapat notis semburan kabus (Fogging) akan dibuat pada jam 6.30 petang. Dalam notis tu dimaklumkan kena tutup akuarium. Kat rumah Ai ada akuarium kecil. 2 kaki x 1kaki x 1kaki je saiznya. Dalamnya ada ikan puyu dan ikan koi. Konon terapi kat rumah, tengok ikan-ikan berenang, bermain sesama mereka. Sebab akuarium tu tak bertutup, Ai mula bertanya macam mana nak buat. Sayang tau walaupun ikan-ikan tu bukan mahal harganya. Dapat ilmu baru. Tutup dengan kain lembab. Guna je kain lampin hero masa kecik. Basahkan dan tutup permukaan akuarium. Ai terus buat je. Takut lupa kalau dah hadap benda lain. Kerja rumah banyak nak diselesaikan.

Bila tiba jam 6.30petang, Ai dan anak-anak dalam rumah. Sekali hero sulung intai tengok ke luar. Menjerit ketakutan dia. Jenuhla Ai kejar dan peluk. Tenangkan dia. Tapi tak berjaya. Dia melepaskan diri dan lari ke tempat jauh dari ruang depan. Kali ni Ai ikut dia. Ai peluk. Dia nampak sangat ketakutan.Trauma. Ai pujuk dia jangan takut. Bonda ada. Bonda peluk ni. Ai tanya apa yang dia nampak.

Pertama kali melihat pakaian si penyembur kabus dengan muka tertutup itu menakutkan hero sulung. Padahal sudah biasa lihat pakaian begitu versi kartun dalam cerita Upin Ipin. Jadinya, Ai kaitkan persamaan cerita Upin Ipin dengan pakaian yang baru dilihat itu. Syukur Ya Allah engkau kembalikan semangat heroku yang hilang. Ai paling risau kalau dia teringat-ingat sampai terbawa dalam tidur. Mengigau dan bangun menangis di tengah malam. Ya, memang dia teringat tapi tidak mengigau. Alhamdulillah. Ai rasa Ai bonda yang berjaya untuk hero. Ai boleh tenteramkan jiwanya yang ketakutan. Padahal hero sulung lasak orangnya. Tidak terjangka dia akan menjadi sebegitu.

Peristiwa ini akan Ai kenang. Banyak pengajaran yang pelajari hari ini. InsyaaAllah akan dikisahkan pada hero kemudian waktu kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...