Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Disember 2017

Menguatkan Memori Pelajar

Teks : Asyikin Aziz

Pelajar selalunya digalakkan memakan kismis untuk menguatkan memori. Tetapi ramai antara kita yang salah cara untuk memakan kismis. Ia bukan untuk dikunyah. Tetapi kismis perlu dinikmati dengan menghisap perlahan-lahan sehingga rasa manisnya hilang. Itu cara terbaik memakan kismis. Cara ini yang jarang diamalkan oleh orang kita. Ai sebelum ini juga makan kismis dengan cara mengunyah, tetapi Ai terjumpa satu perkongsian mengenai ini. Maka, Ai mula ubah cara memakan kismis.

Untuk hero, Ai rendam kismis dengan bilangan ganjil untuk mereka minum. Biasanya Ai buat 7 biji kismis untuk segelas air. 2 orang hero, Ai buat dalam 21 biji. Rendam dalam satu jag kecil. Rendam semalaman sahaja. Ada orang namakan air rendaman kismis ini dengan nama 'air nabiz'. Ai cuma panggil air kismis. Sama juga dengan kurma. Boleh juga direndam begini. Tapi makan macam tu pun ok kalau kurma. Ai tak suka yang manis dan lembik. Sikit memilihlah kalau kurma ni. Dapat kat hero, sekejap je habis.

Selain kismis dan kurma, makanan lain untuk menguat memori antaranya adalah tomato, terung, avocado, brokoli. Kategori sayur-sayuran yang biasanya jarang digemari oleh anak-anak. Tapi kalau kekacang pasti anak-anak suka makan. Banyak jenis kacang, tapi kacang brazil dan pistachio@kacang cerdik kata orang kampung saya, pilihan terbaik untuk menguatkan ingatan.

Selain itu, susu kambing juga boleh menguatkan memori. Ini tidaklah Ai amalkan sebab Ai tak tahan dengan bau hamisnya. Ai minum susu kambing yang ada perisa, itu pun masa mengandung dahulu. Dah kurang khasiat susu kambing yang Ai minum. Tapi susu kambing tu minuman nabi. Sunnah tu. Macam mana nak ikut ni?

Ada lagi makanan lain untuk menguatkan memori. Tapi Ai kongsi apa yang Ai tahu dan amal je. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya. Atas keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Setiap apa yang Allah jadikan itu, ada sebabnya.


Salam Kasih,
Kena rajin cari kajian mengenai ini.

Isnin, 20 November 2017

Konvo UPSR?

Teks : Asyikin Aziz  Foto : Ihsan Google



Ai belum ada anak yang bersekolah. Tapi Ai cuba memahami perasaan ibu dan anak-anak yang kurang cemerlang. Ya, masa sekolah dulu pun Ai antara yang tidak diraikan bila keputusan peperiksaan akhir tahun tiada yang terbaik. Tapi untuk peperiksaan besar seperti UPSR, PMR (sekarang dah jadi PT3) dan SPM, keputusan Ai membanggakan mak ayah. Syukur Alhamdulillah.

Jika ada majlis meraikan pelajar cemerlang, ke mana pula pelajar yang kurang cemerlang? Turut serta dalam majlis atau dibiarkan buat hal sendiri? Pada Ai, bukan setakat majlis begini, majlis konvokesyen untuk tamat tadika, sekolah rendah juga tidak perlu. Ia sekadar membazirkan masa untuk buat persiapan. Bukannya menjadi pendorong pelajar untuk berjaya dan belajar ke peringkat lebih tinggi. Bayangkan, habis sekolah rendah dah pakai mortar board, tak perlulah belajar tinggi-tinggi ke universiti. Merasa jua pakai macam pelajar bergraduat.

Bukan cemburu sebab Ai sekolah dulu tak ada majlis sebegini, bukan sama sekali. Kalau hari keputusan peperiksaan diumumkan, tidak perlulah umum siapa dapat berapa-berapa. Bagi je dalam kelas. Kalau dalam dewan sekali pun, biar bagi slip sahaja. Majlis untuk meraikan buat pada hari lain. Hari esoknya. Selepas semua pelajar dapat terima hakikat keputusan masing-masing. Jika dibuat pada hari yang sama, perlu difikir juga kesan psikologi ke atas pelajar yang sudah berusaha tapi tiada nasib untuk dapat keputusan cemerlang. Jika dibuat keesokan hari, pasti pelajar berkenaan sudah menerima pandangan ibu bapa mereka. Sedih memang sedih, tapi kesedihan pasti tidak seteruk hari keputusan diumumkan.

Tapi sangat tidak kena jika tamat Tahun 6 berkonvo. Sijil UPSR laku ke untuk mohon kerja macam sijil diploma, sijil ijazah? Itu yang perlu difikirkan. Dengan keadaan ekonomi macam sekarang, usah bazirkan masa, tenaga dan wang untuk perkara yang keputusannya jauh untuk dilihat. Belum tentu anak yang UPSRnya bagus, mampu menamatkan pengajian ijazah. Masa boleh merubah manusia.

Ai pakai jubah dan mortar board untuk majlis konvokesyen baru sekali. Itu pun masa terima skrol Ijazah Sarjana Muda. Lebih 12 tahun yang lalu. Dan hari bahagia itu, Ai sendirian tanpa mak ayah. Hanya ditemani kawan-kawan sekuliah. Sedih? Teramat. Tapi Ai bangga, sehingga hari ini Ai masih satu-satunya anak perempuan mak ayah yang punya Ijazah walaupun cuma suri rumah. Gelaran ini sebenarnya bakal berakhir. Adik perempuan bongsu sedang mendaki tangga ijazah. Moga berjaya menamatkan pengajian, kelak.


Salam hormat,
Moga anak-anak sekarang lebih berkualiti.

Jumaat, 17 November 2017

"Tak Nak Dah"

Teks : Asyikin Aziz

Lepas habis matrikulasi, sementara di panggil ke universiti Ai menimba pengalaman bekerja. Merantau jauh ke negeri orang. Ke Perak aje pun. Matriks sebelum tu dekat Kedah. Kiranya bolehla faham dialek utara. Nak ikut cakap macam orang utara dah tak pandai dah sekarang ni. Dulu masa belajar boleh la sikit-sikit.

Kisahnya, dulu dengan kawan. Pergi interview sama-sama. Dengan harapan dapat kerja kerja sama-sama. Merasalah jadi minah kilang. Mula-mula kerja di kilang perabot. Kerja tak susah pun. Cuma pilih kayu yang dah siap potong dengan tona warna yang hampir sama. Nak dijadikan meja. Suasana kerja seronok. Senior semua baik-baik. Sempat jugalah ikut rombongan kilang berpiknik ke Lumut. Dua bulan je kerja kat sini. Tak tahan habuk.

Kemudiannya kerja di kilang elektronik di Prai. Seronok kerja di sini. Semuanya perempuan. Yang baru sama-sama masuk kerja pun ramai. Di kilang ni, kerja shift. Pertama kali berjaga malam. Terkuap-kuaplah tahan kantuk. Kerja kat sini, ulang alik jauh setiap hari. Naik bas kilang. Dari Bagan Serai, Perak ke Perai. Sejam perjalanan.

Berhenti kerja selepas pemandu bas mula buat perangai sengaja tidak datang ambil kami. Lagi pun masa tu keputusan panggilan ke universiti hampir tiba. Dengan duit gaji semasa menjadi minah kilang ini Ai beli beg untuk dibawa ke universiti. Juga duit tambang kapal terbang untuk menyeberangi Laut China Selatan. Alhamdulillah tidak membebankan mak ayah dengan tambang.

Cumanya, bila balik ke kampung lepas kerja sementara ke U, Ai bercerita dengan mak penat kaki berdiri lama-lama sepanjang shift kerja. Dapat duduk hanya masa rehat dan solat. Siap Ai cakap dengan mak, "Tak nak dah kerja kilang lepas ni, penat berdiri".


Salam Hormat,
Hargai penat lelah mencari RM.

Rabu, 15 November 2017

Impian : Dulu vs Sekarang

Teks  : Asyikin Aziz

Setiap orang ada impian.Mustahil kalau kata tak ada cita-cita, tak ada impian. Mesti ada. Masa sekolah rendah, cikgu mesti tanya besar nanti nak jadi apa? Darjah 1 Ai jawab nak jadi cikgu. Sebab seronok tengok cikgu mengajar. Lagi pun, tak tahu ape pekerjaan lain. Budak kampunglah katakan.

Besar sikit, cita-cita pun berubah. Nak Jadi doktor gigi. Ini pengaruh dari majalah. Ada kisah doktor gigi. Kerjanya tak seteruk doktor yang biasa jumpa kat hospital. Lepas tu rasa macam seronok ada gelaran doktor kat depan nama. Masa tu fikir seronok je. Tak fikir pun nak dapat tu bukan senang.

Masa berlalu, cita-cita dan impian pun berubah. Sama macam status dan bentuk badan juga. Yang kekal tak berubah tu, tahniah. Ai, yang sama cuma cita-cita nak belajar setinggi yang boleh. MAsih tak berubah. Malah keinginan makin meluap-luap bila tengok kawan-kawan bergraduat seminggu dua ni. Sebelum ni hampir-hampir register untuk sambung master. Tapi belum diizinkan Allah agaknya. Tak jadi register.

Andai ditakdirkan dalam waktu terdekat ada yang nak taja Ai belajar, mungkin pilih bidang psikologi kanak-kanak, pengkhususan anak istimewa. Ai nak cabar diri. Anak istimewa memang istimewa di hati Ai. Ai jatuh cinta dengan mereka. Kagum dengan ibu bapa yang ada anak ini. Ai belum tentu dapat tabah dan sabar melayan kerenah anak ini.

Selain itu, Ai berhasrat ingin menjejak kaki ke tanah suci dengan mak ayah. Bersama-sama, sama ada umrah atau haji. Menggunakan duit simpanan Ai sendiri. Ai tak mampu mewahkan mak ayah, jadi Ai ingin beri hadiah yang Ai pasti mak ayah tak akan tolak. Bagi orang kampung, dapat pergi sekali pun cukuplah. Tapi kalau rezeki datang sekali lagi, pasti tak ditolak. Mohon doakan impian ini dapat Ai capai. Doakan betul-betul ya.


Isnin, 13 November 2017

Televisyen: Tanpamu Kami Tetap Bahagia

Teks : Asyikin Aziz

Di Facebook, rata-rata friendlist menjadipengulas tidak berbayar pada siaran drama bersiri jam 7 petang. Ai sekadar membaca sahajalah komentar mereka. Ai tidak ikuti drama, berita atau apa sahaja yang disiarkan di tv. Hari ini, kebanyakan rumah ada tv. Tapi tidak rumah Ai.

Dibesarkan di sebuah kampung di pedalaman dengan adik-beradik yang ramai, mak ayah tidak mampu membeli peti televisyen pada tahun 80-an dahulu. Tanpa tv, aktiviti harian kami padat. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama. Musim persekolahan, sebelah pagi ke sekolah. Petang kami mengaji Quran di rumah guru. Dahulu mengaji Quran tidak berbayar dengan wang ringgit. Jadi kami sumbangkan tenaga bantu guru Quran. Lepas mengaji kadang kala kami bergotong royong bersihkan kawasan rumah, bakar sampah untuk guru Quran. Jika tidak gotong royong, kami bermain di halaman bersama-sama. Pulang ke ruah hari dah lewat.

Jam 7 petang wajib ada di rumah tidak kira lelakia tau perempuan. Siap sedia tunggu azan Maghrib. Ayah ke surau atau masjid untuk berjemaah. Kami yang di rumah juga disuruh berjemaah.Sementara menanti Isyak, kami mengaji Quran. Abang kakak bertindak sebagai guru memantau bacaan dan tajwid adik-adik. Selesai solat Isyak, masa untuk buka buku sekolah. Siapkan kerja sekolah dan latihan yang diberi. Siap kerja sekolah, masa untuk beradu.

Tanpa tv, apatah lagi siaran berbayar, kami tetap bahagia. Setiap masa dimanfaatkan bersama. Anak-anak kadang leka juga bila sesekali kami ke rumah saudara mara terdekat. Tapi bila di rumah, mereka tahu sesuaikan diri. Mereka punya banyak mainan untuk dimainkan. Malah mereka juga dapat belajar sambil bermain. Iya, mereka belajar berkongsi dan berkerjasama. Termasuk juga belajar dengan eBook-Ku.

Tanpa tv, Ai tidak leka dengan kereonokan duniawi. Banyak yang dapat dimanfaatkan. Masa yang ada terisi dengan bermacam aktiviti. Benar, menjadi surirumah seolah masa 24 jam itu tidak mencukupi. Pandai-pandailah agihkan masa.

Salam Sayang,
Tetap ikuti perkembangan semasa.






Ahad, 12 November 2017

Makanan untuk Otak Hebat

Teks : Asyikin Aziz   Foto : Ihsan Google

Hero sulung Ai bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke -4 pada 16/11/2017 ini. Awal-awal dah minta nak makan kek. Padahal dia tak tau pun bila tarikh lahirnya. Ai pun tak bercadang nak buat majlis. Cuma makan-makan untuk keluarga sahaja. Lagipun hero sulung ni, jaga diet. Nasi bukan pilihan utama. Tapi dia bukan memilih makan.

Kesukaan hero sulung adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila kehabisan stok buah dan sayur di rumah, mulutnya bising membebel. Awal dulu ramai yang menegur sebab dia tak makan nasi. Badannya memang kurus dan kecil. Berat cuma 13kg sahaja. Bagi Ai, asalkan dia sihat OKlah. Teringat masa Ai kecil dulu, keluarga susah. Banyak makan ulam-ulam yang terdapat sekitar rumah. Sayur yang ditaman sendiri. Nugget, burger, sosej mula kenal bila usia meningkat remaja. Jadi, Ai terapkan cara sama untuk anak-anak. Sesekali sahaja makanan begitu diambil.

Hero sulung dihentikan susu formula sejak usia 2 tahun. Susu formula mengakibatkannya dapat eczema. Ini Ai tahu dari FB Dr Suriyakhatun. Rupanya susu formula banyak gula. Walaupun yang dipek  dilabelkan tiada gula tambahan. Sekarang dia seolah ketagihan gula. Tapi semuanya Ai kawal. Tak nak bagi dia makan gula-gula pun, susah juga sebab berjiran. Pasti ada yang menghulur. Masa kenduri pun gula-gula juga diisi dalam goodie bag. Langkah terbaik adalah dengan hadkan pengambilannya.

Sayur pilihan kat rumah Ai ialah bayam, lobak merah, timun, bendi, terung dan kacang buncis. Masa Ai kecil, mak tanam keliling rumah pula timun, bendi, terung, kacang kelisa, kacang panjang, petola dan cili. Lobak merah mak tak tanam. Tapi Ai bagi pada keluarga sebab khasiatnya. Rupanya sayur yang mak bagi kami adik beradik makan dulu, yang ditanam keliling rumah boleh optimumkan keupayaan otak. Ai tahu tentang ini setelah memiliki anak. Patutlah mak dan ayah selalu diangkat ibu bapa contoh di kampung.

Buah-buahan pula  pisang, jambu, betik, jagung dan pastinya ubi yang bermacam jenis. Durian pula buah yang pantang dilihat oleh hero sulung. Hantu! Ini yang Ai biasa makan sejak kecil. Mak tak belikan epal untuk kami. Apatah lagi kiwi dan avocado. Tapi untuk keluarga, Ai belikan saja selagi tidak melebihi bajet. Buah ini juga antara yang diperlukan otak. Dapat yang segar dari ladang lagi bagus.

Salam Sayang,
Optimumkan kecemerlangan anak-anak.




Jumaat, 10 November 2017

CBS Shah Alam, peluang menimba pengalaman

Teks : Asyikin Aziz

Nekad nak ubah kewangan keluarga, Ai dan suami berpakat pilih produk makanan untuk diniagakan. Alasannya mudah. Makanan senang dijual. Macam mana situasi pun, orang akan cari. Orang makan hari-hari. Kemudiannya mencari pembekal. Sebab duit modal tak banyak, kami pilih pembekal yang tawarkan consignment. Alhamdulillah Allah mudahkan proses ni.

Produk pertama kami dapat adalah makanan sunnah. Ada kekacang, kismis, buah tin, aprikot dan beberapa jenis lagi yang dipotong kecik-kecik. Dipek dalam bekas 4 segi. Pembungkusan biasa je. Cuma ada label produk. Mereka pun masih baru di pasaran masa tu.

Produk kedua adalah sambal. Ada 6 jenis sambal semuanya termasuk sambal hitam Pahang dan sambal goreng Jawa. Nama sambal-sambal ni memang mengancam. Marketing bagus memang cepat licin stok.

Produk ketiga, keropok amplang dari Sabah. Keropok memang sedap, rangup dan terasa udangnya. Tapi sayang, pembekal salah pilih jenis pembungkusan. Keropok jadi cepat lemau. Hanya seminggu je bertahan. Sayang seribu kali sayang. Tapi kami tak perlu bayar apa-apa sebab kesilapan teknikal dari pembekal.

Dah ada barang-barang nak diniagakan, cari tapak pula. Ada 2 pilihan. Kedua-duanya konsep carboot. Pertama, dekat dengan rumah tapi mula sejak awal pagi hingga jam 12 tengahari. Kedua, jauh dari rumah mula jam 4 petang hingga 11 malam, kawasan tumpuan ramai. Ada kawan meniaga setiap minggu. Pilihan kedua diambil. Carboot di Tesco Shah Alam Seksyen 13. Bersebelahan dengan MSU.

Setiap kali berniaga, pasti ada jualan walaupun sedikit. Jiran sebelah kami ada yang langsung tiada jualan sepanjang carboot tu. Ini membakar semangat. Lagi seronok Ai menarik perhatian pengunjung singgah ke boot kami. Sampel disediakan. Pengunjung yang datang boleh merasa sambal sebelum buat pilihan. Biasanya, lepas sampel dicuba, pasti wang bertukar tangan. Seronok.Dapat duit tunai.

Malangnya tak lama Ai meniaga di carboot. Produk dah bertukar. Carboot hanya untuk buat pemasaran sahaja. Produk sekarang adalah pendidikan dan buku. Bukan penulis buku, cuma penjual buku pendidikan.

Salam Mesra😊,
Cikgu tuisyen cum penjual buku pendidikan

Khamis, 9 November 2017

Hujan: Menggamit memori lalu

Teks : Asyikin Aziz


"Hujan yang turun bagaikan mutiara...."
Ai memang suka lagu ni. Suka tengok rintik² hujan yang turun. Dari kasar ke halus, renyai² berubah ke lebat. Boleh leka tengok titisan air hujan ni. Selalunya bila hujan turun, Ai dan adik beradik suka duduk di beranda. Tengok titisan hujan. Beramai² seronok. Biasanya kami buat kapal kertas. Buku latihan terpakai tu jadi mangsa. Bising mak kalau lepas buat tu, tak kemas semula. Cebisan kecik pun kena kutip. Jadi masing-masing beringat.

Bila hujan reda, masing- masing cari port terbaik. Tepi longkang. Pertandingan tak rasmi tanpa hadiah kapal kertas terlaju. Biasanya 2 atau 3 kumpulan. 1 kumpulan dalam 2,3 orang je. Adik beradik dengan jiran. Kalau sangkut kat ranting tepi longkang pun rela alihkan ranting. Atau tolak kapal ke tengah. Bagi meluncur laju. Kapal yang tenggelam, kalahlah. Tak sampai garis penamat.

Melompat-lompatlah kami tepi longkang. Orang lalu lalang yang tak tahu aktiviti kami, mesti muka pelik. Apalah seronok sangat tepi longkang. Riuh macam apa. Terjerit-jerit bagi sokongan kat kapal. Padahal kapal kertas tu telinga pun takde. Manakan nak dengar sokongan.

Hari ni, hujan lebat menjelang Maghrib. Hanya mampu pandang melalui tingkap. Hati teringin nak mandi hujan. Macam dulu-dulu. Berebut bawah saluran air. Ada ke yang teringat kenangan lalu mengusik jiwa bila hujan turun?

Salam Sayang,
Sesekali imbas kenangan lalu yang takkan kembali lagi.

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...