Khamis, 9 November 2017

Rezeki tak diduga

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 9/11/2017
 Kak Siti : Hah, Syikin ni akak nak offer kerja.
Ai : Kerja? Kerja ape tu?
Kak Siti : Tadi masa akak pergi depan tu, owner tadika tanya Fatin. Nak offer dia kerja. Fatin kan belum habis belajar. Pastu akak teringat Shikin boleh mengajar. Akak cadang Shikin tadi.
Ai : Oh, ingat kerja ape tadi.
Kak Siti : Shikin pergilah kat tadika tu. Akak dah bagitahu dah tadi.
Ai : Start bila tu?
Kak Siti : Tahun depan. Bolehla. Kerja pun sampai pukul 1 tengah hari je. Adam dah sekolah kan? Afif ni boleh bawa. Dia dah 3 tahun kan tahun depan?
Ai : Haah, ikut tahun kira 3 tahunla. Tapi kira macam mane kalau bawak dia?
Kak Siti : Tu nanti tanya kat sana lah. Boleh runding. Bolehla Kin, walaupun gaji kecik. Dari duduk rumah je. Tak ganggu jadual mengajar tuisyen.

Perbualan siang tadi dengan Kak Siti, jiran sebelah rumah. Offer kerja mengajar kat tadika berdekatan rumah. Rezeki datang tanpa disangka. Sebelum ni Ai pernah mohon kerja di tadika. Masa anak sulung masih kecik. Tapi tak dapat. Katanya sebab gaji sebelum tu besar. Tak sepadan dengan gaji yang tadika tu mampu offer. Tapi kali ni, rezeki datang bergolek. Haruskah Ai terima atau perlukah Ai lupakah kemahuan untuk berbakti pada nusa bangsa?

Betullah kan, dulu minta kerja cikgu tadika tapi tak dapat sebab Allah nak bagi yang lagi baik. 2 Minggu lepas tu dapat kerja kat ofis. Bolehlah sikit sebanyak apply ilmu yang belajar kat U dulu. Gaji pun dah tentu lebih baik. Sekarang, dapat rezeki kerja tadika tanpa mohon. Hanya direkemen oleh jiran.

Dulu belum masa untuk kerja begini. Sekarang baru sesuai. Agaknya, begitulah kan? Kerja sambil jaga anak sendiri depan mata. Hero sulung ada di sebelah dengar perbualan kami. Laju dia cakap, "Cepatlah bonda kita pergi sekolah. Cikgu dah panggil tu." Dia yang super excited nak ke sekolah. Harapnya, bila tiba masa ke sekolah nanti keinginan nak ke sekolah tak pudar. Walau sekadar untuk bermain dan berkawan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...