Diari terbuka 10/11/2017
Hero cilik mengadu sakit perut. Masuk bilik air dah tercirit sebelum duduk di mangkuk tandas. Menangislah dia kegelian. Cepat-cepat datang bersihkan dan dudukkan ke mangkuk tandas.
Inilah hero cilik yang perasan hensem! |
Keluar dari bilik air, ingatkan dah OK. Cuma sapu minyak serai. Tak panas dan bau wangi. Merengek minta gosok perut. Layankan sajalah. Hero sulung? Hmmm pantang gril tak berkunci, lesap. Main dengan abang dan kakak, katanya. Selalunya gril berkunci. Tapi tadi lepas jemur baju, lupa nak manggakan.
Budak manja tu sekali lagi mengadu perut sakit. Tepuk-tepuk je, bunyi macam kembung. Hairan juga, macam mane boleh jadi? Kat kampung kalau kembung mak suruh tuam perut. Tapi tungku tak ade. Hehe tak panik. Ringkas mudah lagi senang, Ai isi air panas dalam botol stok susu si cilik ni. Guna tuala kecik untuk bungkus. Rasa suam-suam tu, tekap kat perut si cilik. Eh, dia suka pulak. Macam tak pernah kena tuam gayanya. Yelah, dulu-dulu tuam masa masih bayi. Mana mampu nak ingat. Lagipun, keupayaan mengingat bermula seawal usia 4 tahun. Tapi anak-anak generasi sekarang yang makin bijak mungkin lebih awal?
Sebelah petang, sembang dengan jiran. Bercerita tentang kaedah penomboran yang boleh kenal sifat dan keupayaan diri. Kaedah metafizik. Biasa dengar/baca tentang kaedah ni?
Tadi bersembang ringkas saje. Biasalah hidup berjiran, kan? Jiran minat nak belajar. InsyaAllah ada ruang kena selit kelas ajar metafizik. Belajar asas metafizik percuma sahaja. Nak belajar lebih lanjut tu biasanya ada mahar. Ai pun masih belajar metafizik ni. Peringkat tinggi. Tapi belajar secara online je. Tak perlu keluar rumah. Sambil kemas rumah, layan hero dan update mukabuku 😀
Maaflah ye kalau rase Ai ni syok sendiri. Ai masih baru menulis di ruangan terbuka. Masih mencari identiti penulisan. Teguran dan komen pastilah diterima. Masih belajar. Mana tak tahu Ai belajar. Dah tahu Ai mengajar dan berkongsi.
Salam hormat😊,
Cikgu tuisyen di rumah cum penjual buku pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan