Diari terbuka 12/11/2017
Mengajar tuisyen memang tak sesusah cikgi-cikgu mengajar di sekolah. Tuisyen di rumah biasanya seorang pelajar dengan seorang guru. Kalau berkumpulan pun, bilangan peljarnya terhad. Memudahkan pemantauan.
Pelajar tuisyen biasanya memang minat nak belajar. Ini tidak mendatangkan masalah pada guru. Tapi yang dipaksa ibu bapa kerana nak tengok prestasi cemerlang ini sedikit mencabar. Mereka perlu diajar dengan lebih berhemah.
Hari ini Ai mengajar tuisyen intensif. Menariknya, pelajar ini tahu di mana tahap dirinya. Dia pun minat nak belajar. Nampak macam senang, kan? Tapi angka asas dirinya menjadikan dia tidak fokus. Angka asas berdasarkan metafizik. Jadinya, ilmu metafizik juga Ai aplikasikan semasa mengajar tuisyen.
Ada 9 asas diri dalam metafizik. Jadi, ada 9 cara berbeza untuk diplikasikan dengan pelajar. Ini juga boleh membantu pelajar kenal potensi dirinya. Ke mana hala tuju selepas menamatkan pengajian peringkat menengah atas.
Suka Ai kongsikan, metafizik buka ramalan atau tilik nasib. Tapi satu bidang pengajian. Bagaimana pun, lain orang lain pendapat. Cuma kena ingat, ilmu Allah itu maha luas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan