Ahad, 19 November 2017

Belajar Sambil Bermain

Teks : Asyikin Aziz   Foto :

Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbeza jika diajak bermain. Untuk itu, aktiviti seharian boleh dijadikan aktiviti belajar sambil bermain. Sekarang hero Ai suka bermain dengan playdoh. Tapi Ai geli. Jadi, bila kawan-kawannya datang ke rumah, mereka bermain bersama-sama. Macam-macam yang mereka hasilkan. Ada hasil yang kurang menjadi, mereka gelak bersama. Hasil yang cantik, berebut-rebut ingin mengaku itu kerja tangan mereka bila Ai tanya.


Ada beberapa jenis permainan yang boleh digunakan untuk belajar. Antaranya sahibba dan saidina (lebih kurang monopoli). Sahibba biasanya Ai gunakan untuk ajar kenal kosa kata. Anak-anak akan berebut buat perkataan walaupun kadangkala tak wujud. Berusaha guna huruf yang mereka ada. Ingin bersaing. Ai yang mengajar dan layan mereka bermain juga seronok dengan kerenah mereka. Begitu juga dengan saidina. Ini Ai tidak berapa pandai main.


Untuk mengira, Ai biasa ajak mereka main batu seremban dan congkak. Walaupun ada yang tidak puas hati kerana perlu tunggu giliran lama. Secara tak langsung diajar bersabar. Berebut merek ingin tunjuk kepandaian bermain.

Sejak ada eBook-Ku Islamic SE by Mommy Hana, Ai gunakan untuk ajar anak-anak surah lazim dan doa harian. Minta mereka teka doa yang dibaca. Walaupun sebutan berterabur dan tidak ikut  makhraj, sekadar ada bunyi hampir sama.

Ai memang kena kreatif untuk wujudkan suasan belajar yang seronok. Menarik minat anak-anak untuk belajar walaupun tidak ikut sukatan pelajaran di sekolah. Sebab Ai cuma cikgu tuisyen yang nak anak murid pandai.

Salam Kasih,
Cipta keseronokan belajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...