Jumaat, 1 Disember 2017

Menguatkan Memori Pelajar

Teks : Asyikin Aziz

Pelajar selalunya digalakkan memakan kismis untuk menguatkan memori. Tetapi ramai antara kita yang salah cara untuk memakan kismis. Ia bukan untuk dikunyah. Tetapi kismis perlu dinikmati dengan menghisap perlahan-lahan sehingga rasa manisnya hilang. Itu cara terbaik memakan kismis. Cara ini yang jarang diamalkan oleh orang kita. Ai sebelum ini juga makan kismis dengan cara mengunyah, tetapi Ai terjumpa satu perkongsian mengenai ini. Maka, Ai mula ubah cara memakan kismis.

Untuk hero, Ai rendam kismis dengan bilangan ganjil untuk mereka minum. Biasanya Ai buat 7 biji kismis untuk segelas air. 2 orang hero, Ai buat dalam 21 biji. Rendam dalam satu jag kecil. Rendam semalaman sahaja. Ada orang namakan air rendaman kismis ini dengan nama 'air nabiz'. Ai cuma panggil air kismis. Sama juga dengan kurma. Boleh juga direndam begini. Tapi makan macam tu pun ok kalau kurma. Ai tak suka yang manis dan lembik. Sikit memilihlah kalau kurma ni. Dapat kat hero, sekejap je habis.

Selain kismis dan kurma, makanan lain untuk menguat memori antaranya adalah tomato, terung, avocado, brokoli. Kategori sayur-sayuran yang biasanya jarang digemari oleh anak-anak. Tapi kalau kekacang pasti anak-anak suka makan. Banyak jenis kacang, tapi kacang brazil dan pistachio@kacang cerdik kata orang kampung saya, pilihan terbaik untuk menguatkan ingatan.

Selain itu, susu kambing juga boleh menguatkan memori. Ini tidaklah Ai amalkan sebab Ai tak tahan dengan bau hamisnya. Ai minum susu kambing yang ada perisa, itu pun masa mengandung dahulu. Dah kurang khasiat susu kambing yang Ai minum. Tapi susu kambing tu minuman nabi. Sunnah tu. Macam mana nak ikut ni?

Ada lagi makanan lain untuk menguatkan memori. Tapi Ai kongsi apa yang Ai tahu dan amal je. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya. Atas keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Setiap apa yang Allah jadikan itu, ada sebabnya.


Salam Kasih,
Kena rajin cari kajian mengenai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...