Jumaat, 10 November 2017

CBS Shah Alam, peluang menimba pengalaman

Teks : Asyikin Aziz

Nekad nak ubah kewangan keluarga, Ai dan suami berpakat pilih produk makanan untuk diniagakan. Alasannya mudah. Makanan senang dijual. Macam mana situasi pun, orang akan cari. Orang makan hari-hari. Kemudiannya mencari pembekal. Sebab duit modal tak banyak, kami pilih pembekal yang tawarkan consignment. Alhamdulillah Allah mudahkan proses ni.

Produk pertama kami dapat adalah makanan sunnah. Ada kekacang, kismis, buah tin, aprikot dan beberapa jenis lagi yang dipotong kecik-kecik. Dipek dalam bekas 4 segi. Pembungkusan biasa je. Cuma ada label produk. Mereka pun masih baru di pasaran masa tu.

Produk kedua adalah sambal. Ada 6 jenis sambal semuanya termasuk sambal hitam Pahang dan sambal goreng Jawa. Nama sambal-sambal ni memang mengancam. Marketing bagus memang cepat licin stok.

Produk ketiga, keropok amplang dari Sabah. Keropok memang sedap, rangup dan terasa udangnya. Tapi sayang, pembekal salah pilih jenis pembungkusan. Keropok jadi cepat lemau. Hanya seminggu je bertahan. Sayang seribu kali sayang. Tapi kami tak perlu bayar apa-apa sebab kesilapan teknikal dari pembekal.

Dah ada barang-barang nak diniagakan, cari tapak pula. Ada 2 pilihan. Kedua-duanya konsep carboot. Pertama, dekat dengan rumah tapi mula sejak awal pagi hingga jam 12 tengahari. Kedua, jauh dari rumah mula jam 4 petang hingga 11 malam, kawasan tumpuan ramai. Ada kawan meniaga setiap minggu. Pilihan kedua diambil. Carboot di Tesco Shah Alam Seksyen 13. Bersebelahan dengan MSU.

Setiap kali berniaga, pasti ada jualan walaupun sedikit. Jiran sebelah kami ada yang langsung tiada jualan sepanjang carboot tu. Ini membakar semangat. Lagi seronok Ai menarik perhatian pengunjung singgah ke boot kami. Sampel disediakan. Pengunjung yang datang boleh merasa sambal sebelum buat pilihan. Biasanya, lepas sampel dicuba, pasti wang bertukar tangan. Seronok.Dapat duit tunai.

Malangnya tak lama Ai meniaga di carboot. Produk dah bertukar. Carboot hanya untuk buat pemasaran sahaja. Produk sekarang adalah pendidikan dan buku. Bukan penulis buku, cuma penjual buku pendidikan.

Salam Mesra😊,
Cikgu tuisyen cum penjual buku pendidikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...