Khamis, 9 November 2017

Hujan: Menggamit memori lalu

Teks : Asyikin Aziz


"Hujan yang turun bagaikan mutiara...."
Ai memang suka lagu ni. Suka tengok rintik² hujan yang turun. Dari kasar ke halus, renyai² berubah ke lebat. Boleh leka tengok titisan air hujan ni. Selalunya bila hujan turun, Ai dan adik beradik suka duduk di beranda. Tengok titisan hujan. Beramai² seronok. Biasanya kami buat kapal kertas. Buku latihan terpakai tu jadi mangsa. Bising mak kalau lepas buat tu, tak kemas semula. Cebisan kecik pun kena kutip. Jadi masing-masing beringat.

Bila hujan reda, masing- masing cari port terbaik. Tepi longkang. Pertandingan tak rasmi tanpa hadiah kapal kertas terlaju. Biasanya 2 atau 3 kumpulan. 1 kumpulan dalam 2,3 orang je. Adik beradik dengan jiran. Kalau sangkut kat ranting tepi longkang pun rela alihkan ranting. Atau tolak kapal ke tengah. Bagi meluncur laju. Kapal yang tenggelam, kalahlah. Tak sampai garis penamat.

Melompat-lompatlah kami tepi longkang. Orang lalu lalang yang tak tahu aktiviti kami, mesti muka pelik. Apalah seronok sangat tepi longkang. Riuh macam apa. Terjerit-jerit bagi sokongan kat kapal. Padahal kapal kertas tu telinga pun takde. Manakan nak dengar sokongan.

Hari ni, hujan lebat menjelang Maghrib. Hanya mampu pandang melalui tingkap. Hati teringin nak mandi hujan. Macam dulu-dulu. Berebut bawah saluran air. Ada ke yang teringat kenangan lalu mengusik jiwa bila hujan turun?

Salam Sayang,
Sesekali imbas kenangan lalu yang takkan kembali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...