Teks : Asyikin Aziz
Di Facebook, rata-rata friendlist menjadipengulas tidak berbayar pada siaran drama bersiri jam 7 petang. Ai sekadar membaca sahajalah komentar mereka. Ai tidak ikuti drama, berita atau apa sahaja yang disiarkan di tv. Hari ini, kebanyakan rumah ada tv. Tapi tidak rumah Ai.
Dibesarkan di sebuah kampung di pedalaman dengan adik-beradik yang ramai, mak ayah tidak mampu membeli peti televisyen pada tahun 80-an dahulu. Tanpa tv, aktiviti harian kami padat. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama. Musim persekolahan, sebelah pagi ke sekolah. Petang kami mengaji Quran di rumah guru. Dahulu mengaji Quran tidak berbayar dengan wang ringgit. Jadi kami sumbangkan tenaga bantu guru Quran. Lepas mengaji kadang kala kami bergotong royong bersihkan kawasan rumah, bakar sampah untuk guru Quran. Jika tidak gotong royong, kami bermain di halaman bersama-sama. Pulang ke ruah hari dah lewat.
Jam 7 petang wajib ada di rumah tidak kira lelakia tau perempuan. Siap sedia tunggu azan Maghrib. Ayah ke surau atau masjid untuk berjemaah. Kami yang di rumah juga disuruh berjemaah.Sementara menanti Isyak, kami mengaji Quran. Abang kakak bertindak sebagai guru memantau bacaan dan tajwid adik-adik. Selesai solat Isyak, masa untuk buka buku sekolah. Siapkan kerja sekolah dan latihan yang diberi. Siap kerja sekolah, masa untuk beradu.
Tanpa tv, apatah lagi siaran berbayar, kami tetap bahagia. Setiap masa dimanfaatkan bersama. Anak-anak kadang leka juga bila sesekali kami ke rumah saudara mara terdekat. Tapi bila di rumah, mereka tahu sesuaikan diri. Mereka punya banyak mainan untuk dimainkan. Malah mereka juga dapat belajar sambil bermain. Iya, mereka belajar berkongsi dan berkerjasama. Termasuk juga belajar dengan eBook-Ku.
Tanpa tv, Ai tidak leka dengan kereonokan duniawi. Banyak yang dapat dimanfaatkan. Masa yang ada terisi dengan bermacam aktiviti. Benar, menjadi surirumah seolah masa 24 jam itu tidak mencukupi. Pandai-pandailah agihkan masa.
Salam Sayang,
Tetap ikuti perkembangan semasa.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan