Teks : Asyikin Aziz Foto : Ihsan Google
Hero sulung Ai bakal menyambut
ulang tahun kelahiran ke -4 pada 16/11/2017 ini. Awal-awal dah minta nak makan
kek. Padahal dia tak tau pun bila tarikh lahirnya. Ai pun tak bercadang nak
buat majlis. Cuma makan-makan untuk keluarga sahaja. Lagipun hero sulung ni,
jaga diet. Nasi bukan pilihan utama. Tapi dia bukan memilih makan.
Kesukaan hero sulung adalah
buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila kehabisan stok buah dan sayur di rumah,
mulutnya bising membebel. Awal dulu ramai yang menegur sebab dia tak makan
nasi. Badannya memang kurus dan kecil. Berat cuma 13kg sahaja. Bagi Ai, asalkan
dia sihat OKlah. Teringat masa Ai kecil dulu, keluarga susah. Banyak makan
ulam-ulam yang terdapat sekitar rumah. Sayur yang ditaman sendiri. Nugget,
burger, sosej mula kenal bila usia meningkat remaja. Jadi, Ai terapkan cara
sama untuk anak-anak. Sesekali sahaja makanan begitu diambil.
Hero sulung dihentikan susu
formula sejak usia 2 tahun. Susu formula mengakibatkannya dapat eczema. Ini Ai
tahu dari FB Dr Suriyakhatun. Rupanya susu formula banyak gula. Walaupun yang
dipek dilabelkan tiada gula tambahan.
Sekarang dia seolah ketagihan gula. Tapi semuanya Ai kawal. Tak nak bagi dia
makan gula-gula pun, susah juga sebab berjiran. Pasti ada yang menghulur. Masa
kenduri pun gula-gula juga diisi dalam goodie
bag. Langkah terbaik adalah dengan hadkan pengambilannya.
Sayur pilihan kat rumah Ai ialah
bayam, lobak merah, timun, bendi, terung dan kacang buncis. Masa Ai kecil, mak
tanam keliling rumah pula timun, bendi, terung, kacang kelisa, kacang panjang,
petola dan cili. Lobak merah mak tak tanam. Tapi Ai bagi pada keluarga sebab
khasiatnya. Rupanya sayur yang mak bagi kami adik beradik makan dulu, yang
ditanam keliling rumah boleh optimumkan keupayaan otak. Ai tahu tentang ini
setelah memiliki anak. Patutlah mak dan ayah selalu diangkat ibu bapa contoh di
kampung.
Buah-buahan pula pisang, jambu, betik, jagung dan pastinya ubi
yang bermacam jenis. Durian pula buah yang pantang dilihat oleh hero sulung.
Hantu! Ini yang Ai biasa makan sejak kecil. Mak tak belikan epal untuk kami.
Apatah lagi kiwi dan avocado. Tapi untuk keluarga, Ai belikan saja selagi tidak
melebihi bajet. Buah ini juga antara yang diperlukan otak. Dapat yang segar
dari ladang lagi bagus.
Salam Sayang,
Optimumkan kecemerlangan
anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan