Jumaat, 17 November 2017

"Tak Nak Dah"

Teks : Asyikin Aziz

Lepas habis matrikulasi, sementara di panggil ke universiti Ai menimba pengalaman bekerja. Merantau jauh ke negeri orang. Ke Perak aje pun. Matriks sebelum tu dekat Kedah. Kiranya bolehla faham dialek utara. Nak ikut cakap macam orang utara dah tak pandai dah sekarang ni. Dulu masa belajar boleh la sikit-sikit.

Kisahnya, dulu dengan kawan. Pergi interview sama-sama. Dengan harapan dapat kerja kerja sama-sama. Merasalah jadi minah kilang. Mula-mula kerja di kilang perabot. Kerja tak susah pun. Cuma pilih kayu yang dah siap potong dengan tona warna yang hampir sama. Nak dijadikan meja. Suasana kerja seronok. Senior semua baik-baik. Sempat jugalah ikut rombongan kilang berpiknik ke Lumut. Dua bulan je kerja kat sini. Tak tahan habuk.

Kemudiannya kerja di kilang elektronik di Prai. Seronok kerja di sini. Semuanya perempuan. Yang baru sama-sama masuk kerja pun ramai. Di kilang ni, kerja shift. Pertama kali berjaga malam. Terkuap-kuaplah tahan kantuk. Kerja kat sini, ulang alik jauh setiap hari. Naik bas kilang. Dari Bagan Serai, Perak ke Perai. Sejam perjalanan.

Berhenti kerja selepas pemandu bas mula buat perangai sengaja tidak datang ambil kami. Lagi pun masa tu keputusan panggilan ke universiti hampir tiba. Dengan duit gaji semasa menjadi minah kilang ini Ai beli beg untuk dibawa ke universiti. Juga duit tambang kapal terbang untuk menyeberangi Laut China Selatan. Alhamdulillah tidak membebankan mak ayah dengan tambang.

Cumanya, bila balik ke kampung lepas kerja sementara ke U, Ai bercerita dengan mak penat kaki berdiri lama-lama sepanjang shift kerja. Dapat duduk hanya masa rehat dan solat. Siap Ai cakap dengan mak, "Tak nak dah kerja kilang lepas ni, penat berdiri".


Salam Hormat,
Hargai penat lelah mencari RM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...