Rabu, 22 November 2017

eBook-Ku Beri Kesan Positif

Teks : Asyikin Aziz   Foto : Team Mommy Hana
Whatsapp : 011-5517 4926

Rata-rata ibu yang telah hadiahkan anak mereka dengan eBook-Ku SE by Mommy Hana bagi respon positif. Sangat gembira dapat hadiahkan pada anak. Di bawah ni, Ai sertakan beberapa komen ibu-ibu terhadap gajet baru anak mereka, eBook-Ku Se ini.






Salam Sayang,
Beri yang terbaik buat kesayangan.

Pesan Guru

Teks : Asyikin Aziz    Foto : FB DrRizal Abu Bakar

Buku-buku motivasi antara genre kesukaan Ai. Hari ini, banyak ayat-ayat motivasi dapat dibaca. Dikongsi di media sosial. Walaupun pensyarah Ai yang seorang ini bukanlah tergolong dalam kalangan motivator yang dikenali ramai, tetapi beliau yang dikenali sebagai Doktor Otak sentiasa memotivasikan rakan dan pengikut muka bukunya. Setiap hari.

Ini antara ayat-ayat motivasi dari beliau yang Ai suka kongsikan dengan semua. Suntikan semangat untuk diri.








Salam sayang,
Seronok meningkatkan motivasi diri.


Mudah Dan Ringkas

Teks : Asyikin Aziz

Ajar anak dengan cara mudah dan ringkas. Ibu ayah tak perlu pening fikir cara pelik-pelik, anak pun senang nak ikut. Ini cara mudah versi orang kampung.

1. Ajar anak duduk sebelum minum. Ibu ayah pun perlulah duduk sebelum minum. Jangan ajar anak, tapi ibu ayah ada masanya minum sambil berdiri. Dah jadi macam ketam ajar anak berjalan lurus.

2. Ajar anak baca Bismillah bila nak minum dan makan. Tak perlu baca panjang-panjang. Bagi jadi kebiasaan yang ini. Lepas tu bolehla ajar doa makan, doa minum yang spesifik.

3. Ajar anak tadah tangan masa baca doa. Semua orang kena tadah tangan. Ibu ayah buat, anak-anak ikut dan tiru. Setiap kali berdoa, tak kira di mana, tadah tangan.

4. Ajar anak-anak ucap Alhamdulillah lepas makan. Yang ni kena peka. Kalau anak makan sendiri, siap makan awal, ibu ayah kena ingatkan. Kalau makan bersuap, pun ajar juga.

5. Ajar anak baca Alhamdulillah bila bersin.

Setakat ni dulu cara mudah dan senang versi orang kampung yang Ai praktikkan. Rasa bermanfaat nak ikut, silakan.

Salam kasih,
Biasakan yang mudah, bila makin bijak baru ajar yang lain.

Salah Siapa?

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 22/11/2017

Hari ni masa mengajar intensif, pelajar istimewa Ai telah menyebut ayat yang sangat mengejutkan Ai. Tak tahu macam mana nak digambarkan perasaan ini sebenarnya. Baru usia 7 tahun. Tapi ayatnya menakutkan.

Kisahnya Ai tunjukkan buku cerita bergambar. Buku yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak, dengan kaedah suku kata. Pelajar ini belum lancar membaca. Juga ada masalah untuk fokus pada pelajaran. Ai sangkakan, buku tu menarik minatnya untuk membaca. Sekali komennya pada gambar dalam buku itu mengejutkan. Siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini?

"Eh... macam perempuan kena rogol", itu ayatnya. Komen gambar seorang puteri yang kebasahan. Memang serabai pakaiannya. Kena hujan. Tapi komen sebegitu seolah-olah dia tahu sangat tentang rogol.

Ada yang sudi kongsikan dengan Ai macam mana nak buat lepas ni andai berulang lagi pernyataan berbaur lucah sebegini? Utan terima kasih Ai ucapkan pada yang sudi.

Selasa, 21 November 2017

Teruslah Belajar

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 21/11/2017

Hari ni, Ai baru pertama kali menjejak dobi layan diri. Jangan gelakkan Ai. Ni pengalaman baru bagi Ai. Walaupun perkara biasa bagi semua. Dah lama nak pergi tapi ada je halangan. Selain tu, dok terfikir juga, pandai ke Ai guna? Maklumlah tak pernah guna. Dalam hati berdoa, adalah yang sudi tolong. Hehehe😁 Dah sampai kat sana, sederet tu je ada 4 kedai dobi layan diri. Ai tak memilih pun. Harganya sama sahaja.

Sebagai orang yang tak pernah ke tempat begini, Ai baca je maklumat yang ada di dinding kedai dobi tu. Nak tanya orang takde orang. Jadinya, belajar sendiri. Ai dah masukkan dalam mesin dan ikut panduan yang diberi. Nasib menjadi. Lepas tu baru ada orang lain masuk. Ai perhatikan pulak caranya. Oh, sama je dengan cara Ai buat. Kiranya betullah. Dah tahu caranya, Ai masukkan lagi dalam mesin kedua. Banyaknya basuh? Eh, Ai basuh toto. Bukan basuh baju pun. 4 toto Ai bawa. Banyakkan? Nak basuh sendiri mesin basuh kat rumah kecik je. Lagi pun takde tempat nak jemur. Basuh, keringkan nanti balik rumah boleh terus kemas. Tak serabut mata tengok.

Bagi Ai, walaupun kecil je belajar hari ni, tapi tetaplah belajar. Banyak benda yang kita tidak tahu. Kalau diikutkan, setiap hari kita boleh belajar perkara baru. Masa bersembang dengan jiran, mungkin ada ilmu yang diselitkan. Masa melayan kerenah anak, ada perkara baru tentang penjagaan anak yang kita baru belajar. Buka perlu belajar formal semata-mata.

Kisah ke kedai dobi layan diri je pun, tapi berjela Ai bebel. Takpe, bebelan Ai ni boleh buat semua senyum. Kan? Ha...😄

Isnin, 20 November 2017

Konvo UPSR?

Teks : Asyikin Aziz  Foto : Ihsan Google



Ai belum ada anak yang bersekolah. Tapi Ai cuba memahami perasaan ibu dan anak-anak yang kurang cemerlang. Ya, masa sekolah dulu pun Ai antara yang tidak diraikan bila keputusan peperiksaan akhir tahun tiada yang terbaik. Tapi untuk peperiksaan besar seperti UPSR, PMR (sekarang dah jadi PT3) dan SPM, keputusan Ai membanggakan mak ayah. Syukur Alhamdulillah.

Jika ada majlis meraikan pelajar cemerlang, ke mana pula pelajar yang kurang cemerlang? Turut serta dalam majlis atau dibiarkan buat hal sendiri? Pada Ai, bukan setakat majlis begini, majlis konvokesyen untuk tamat tadika, sekolah rendah juga tidak perlu. Ia sekadar membazirkan masa untuk buat persiapan. Bukannya menjadi pendorong pelajar untuk berjaya dan belajar ke peringkat lebih tinggi. Bayangkan, habis sekolah rendah dah pakai mortar board, tak perlulah belajar tinggi-tinggi ke universiti. Merasa jua pakai macam pelajar bergraduat.

Bukan cemburu sebab Ai sekolah dulu tak ada majlis sebegini, bukan sama sekali. Kalau hari keputusan peperiksaan diumumkan, tidak perlulah umum siapa dapat berapa-berapa. Bagi je dalam kelas. Kalau dalam dewan sekali pun, biar bagi slip sahaja. Majlis untuk meraikan buat pada hari lain. Hari esoknya. Selepas semua pelajar dapat terima hakikat keputusan masing-masing. Jika dibuat pada hari yang sama, perlu difikir juga kesan psikologi ke atas pelajar yang sudah berusaha tapi tiada nasib untuk dapat keputusan cemerlang. Jika dibuat keesokan hari, pasti pelajar berkenaan sudah menerima pandangan ibu bapa mereka. Sedih memang sedih, tapi kesedihan pasti tidak seteruk hari keputusan diumumkan.

Tapi sangat tidak kena jika tamat Tahun 6 berkonvo. Sijil UPSR laku ke untuk mohon kerja macam sijil diploma, sijil ijazah? Itu yang perlu difikirkan. Dengan keadaan ekonomi macam sekarang, usah bazirkan masa, tenaga dan wang untuk perkara yang keputusannya jauh untuk dilihat. Belum tentu anak yang UPSRnya bagus, mampu menamatkan pengajian ijazah. Masa boleh merubah manusia.

Ai pakai jubah dan mortar board untuk majlis konvokesyen baru sekali. Itu pun masa terima skrol Ijazah Sarjana Muda. Lebih 12 tahun yang lalu. Dan hari bahagia itu, Ai sendirian tanpa mak ayah. Hanya ditemani kawan-kawan sekuliah. Sedih? Teramat. Tapi Ai bangga, sehingga hari ini Ai masih satu-satunya anak perempuan mak ayah yang punya Ijazah walaupun cuma suri rumah. Gelaran ini sebenarnya bakal berakhir. Adik perempuan bongsu sedang mendaki tangga ijazah. Moga berjaya menamatkan pengajian, kelak.


Salam hormat,
Moga anak-anak sekarang lebih berkualiti.

Gigi Cantik Senyum Menawan

Teks : Asyikin Aziz

Belek-belek nota mencari yang mana nak dijadikan ayat lengkap, dibuat karangan, menjadi perenggan lalu terbitlah entri baru hari ni.  Teringat, masa ke Econsave untuk penuhkan barangan dapur yang menyusut, hero minta ubat gigi. Terima kasih abang tolong ingatkan ubat gigi dah nak habis. Inilah padah bila keluar cari barang tak buat senarai. Ada yang akan tercicir.

Ubat gigi sinonim dengan gosok gigi. Ai mula kenalkan anak dengan berus gigi sejak mula keluar gigi. Tapi hero sulung Ai ni, tak bagi bondanya tolong gosokkan. Dia nak buat sendiri. Sampai sekarang alhamdulillah cukup senang gosok gigi. Tak macam sesetengah anak yang tak suka gosok gigi.

Masa bawa hero untuk suntikan bulanan, ada juga ibu-ibu yang sama menanti giliran tanya macam mana Ai ajar hero gosok gigi. Ai tiada jawapan tepat. Selain mula kenalkan gosok sejak kecil, Ai biasa juga mandi bersama anak-anak. Bila Ai gosok gigi, mereka juga akan gosok gigi. Masa ni, Ai bolehla demo cara yang betul pada mereka. Tapi sampai hari ni, Ai yang letak ubat gigi pada berus gigi anak-anak. Hai... kalau hero berdua tu yang buat sendiri, mahunya tiap hari buka tiub baru.

Kadang hero ada juga buat-buat lupa nak gosok gigi. Sebabnya bila mandi 2 beradik tu gemar main air. Bila tak gogok gigi je Ai momokkan hero dengan macam-macam masalah gigi. Ade ulat makan gigi, jadi rongak. Gigi hitam. Nanti tak boleh makan ayam KFC (kesukaan mereka). Jadinya, mereka ingat. sebelum mandi minta nak gosok gigi dahulu.

Ibu-ibu macam mana cara ajar dan latih anak gosok gigi?

Salam Kasih,
Ajar sejak kecil moga kekal sampai bila-bila.


Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Teks : Asyikin Aziz
Whatsapp : 011-5517 4926

Belajar Bahasa Inggeris tidak susah. Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI) menggunakan nota dalam bahasa Melayu, menjadikan lebih mudah difahami. Penerangan juga lengkap dan berwarna.

Buku ini lari dari kebiasaan belajar bahasa Inggeris dalam bahasa itu sendiri. Dengan menggunakan bahasa Melayu, para pengguna buku ini lebih mudah untuk faham tatabahasa. Cuma perlu meningkatkan penguasaan kosa kata sahaja. Tidak terhad kepada pelajar sahaja, buku MBBI sesuai untuk semua yang ingin maju dalam menggunakan bahasa kedua ini.



Buku MBBI juga tidak boleh didapati di kedai-kedai buku, tetapi melalui ejen-ejennya sahaja.


Salam hormat,
Belajar tiada had umur.

EBook-Ku Bantu Kurangkan Penat Ibu Mengemas

Teks : Asyikin Aziz
Whatsapp : 011-5517 4926

Tengahari atau petang bila ibu sibuk di dapur, anak akan keluarkan mainan. Jika tidak, mereka sibuk nak membantu ibu memasak. Bila mainan dikeluarkan, pasti habis disepahkan. Ibu yang penat memasak perlu kemaskan sementara menanti si bapa pulag dari kerja. Rumah perlu tampak kemas.


Dengan eBook-Ku Islamik Se by Mommy Hana, penat ibu mengemas rumah dapat dikurangkan. Anak-anak akan leka belajar dengan eBook sehingga melupakan mainan. Satu pelaburan bijak untuk si cilik permata hati. Ibu dapat sedikit rehat dan anak makin bijak bila berkawan baik dengan eBook-ku ini.




Salam Hormat,
EBook-Ku mengembirakan ramai.



Mencari Aura

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 20/1102017

Hari ini diuji dengan rasa lesu, mengantuk sahaja. Nak buat kerja rumah pun rasa alas. Bukan sebab Isnin yang biru. Ai bukan kena keluar bekerja. Kerja di rumah sahaja pun. Bukan sebab sengatan tebuan. Ini aura dalaman diri. Aura menjauh.

Selalunya bila aura pada tahap ini, zikir solat jadi malas. Malah ada kala ditambah dengan sakit perut. Sebab Ai pernah termakan. Itu jadinya. Nak tak nak, kena pulihkan. Lawan rasa malas. Ingat anak-anak yang perlu dipantau sentiasa.

Macam mana Ai lawan rasa malas, lesu, mengantuk ni? Ai bilas dengan air garam lepas mandi. Garam kan penawar. Garam juga boleh pulihkan aura. Atasi kebocoran aura. Moga aura positif berpanjangan.
Cantik pemandangan ini. Sekadar hiasan.


Ginilah nasib bila pernah terkena. Padahal tiada apa yang lebih pada diri seorang Ai untuk didengkikan. Hanya manusia biasa. Sama macam orang lain. Tapi itulah nikmat ujian yang Allah kurniakan. Berbahagialah.

Ahad, 19 November 2017

Cemburu Bukan Tanda Sayang

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 19/11/2017

Bukan main tajuk entri kali ni kan? Cuma nak berkongsi, sejak beberapa hari lepas, encik Ketua Rumah dah maklumkan hari ini ada majlis makan-makan dengan kawan-kawan sehobi. Jadi dia nak bawa Ai dan anak-anak. Lagipun dah lama sangat tak ke mana-mana, terperap di rumah sahaja. Katanya lagi, ramai juga yang datang dengan keluarga. Wah, seronoklah. Boleh kenal kawan baru. Selalunya Ai dan anak-anak je yang selalu mengikut. Kawan-kawan yang lain biasanya datang sendirian sahaja.

Majllis makan-makan si penamcing tegar ni berlangsung di tepi kolam pancing air masin. Majlis bermula lepas Maghrib. Tapi kami tiba sejak jam 5.30 petang lagi. Sementara menunggu majlis, para suami memacak joran. Kaum isteri pula berkenal-kenal sambil mengawasi anak-anak.

Jam 8, menu dihidang. Ada beriani ayam dan kambing, mihun goreng, papadom, tembikai dan jus oren. Menggiurkan. Menu utama disediakan oleh chef dari Kelantan, bukan Johor. Tapi rasanya sama dan lebih sedap dari sesetengah beriani yang terdapat di Johor. Ini bukan sebarang puji. Memang terbukti sedap. Bertambah Ai makan. terliur ke?? Takpe Ai tak selitkan gambar yang super sedap itu. (Tapi pemandangan sebelum tiba ke kolam pancing).


Lepas makan, kami kaum ibu berborak tentang anak-anak. Berkongsi cara jaga. Sebab kebanyakan kami surirumah. Tapi ada yang buka warung, berniaga online dan Ai mengajar di rumah. Seronok bertukar cerita, rupanya ada yang cemburu. Cemburu melihat kemesraan kami. Walau ada yang baru pertama kali bersua. Disengatnya jari tengah Ai. Terkejut dan menjerit, tebuan hampir mati Ai picit. Sengatnya tertinggal di jari. Ramai yang menolong. Bagi idea untuk hilangkan bisa sengatan. Sakitnya hilang tapi seruas jari ni kebas. Mungkin lepas tidur, bangun pagi kebasnya hilang?

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...