Teks : Asyikin Aziz
Diari terbuka 19/11/2017
Bukan main tajuk entri kali ni kan? Cuma nak berkongsi, sejak beberapa hari lepas, encik Ketua Rumah dah maklumkan hari ini ada majlis makan-makan dengan kawan-kawan sehobi. Jadi dia nak bawa Ai dan anak-anak. Lagipun dah lama sangat tak ke mana-mana, terperap di rumah sahaja. Katanya lagi, ramai juga yang datang dengan keluarga. Wah, seronoklah. Boleh kenal kawan baru. Selalunya Ai dan anak-anak je yang selalu mengikut. Kawan-kawan yang lain biasanya datang sendirian sahaja.
Majllis makan-makan si penamcing tegar ni berlangsung di tepi kolam pancing air masin. Majlis bermula lepas Maghrib. Tapi kami tiba sejak jam 5.30 petang lagi. Sementara menunggu majlis, para suami memacak joran. Kaum isteri pula berkenal-kenal sambil mengawasi anak-anak.
Jam 8, menu dihidang. Ada beriani ayam dan kambing, mihun goreng, papadom, tembikai dan jus oren. Menggiurkan. Menu utama disediakan oleh chef dari Kelantan, bukan Johor. Tapi rasanya sama dan lebih sedap dari sesetengah beriani yang terdapat di Johor. Ini bukan sebarang puji. Memang terbukti sedap. Bertambah Ai makan. terliur ke?? Takpe Ai tak selitkan gambar yang super sedap itu. (Tapi pemandangan sebelum tiba ke kolam pancing).
Lepas makan, kami kaum ibu berborak tentang anak-anak. Berkongsi cara jaga. Sebab kebanyakan kami surirumah. Tapi ada yang buka warung, berniaga online dan Ai mengajar di rumah. Seronok bertukar cerita, rupanya ada yang cemburu. Cemburu melihat kemesraan kami. Walau ada yang baru pertama kali bersua. Disengatnya jari tengah Ai. Terkejut dan menjerit, tebuan hampir mati Ai picit. Sengatnya tertinggal di jari. Ramai yang menolong. Bagi idea untuk hilangkan bisa sengatan. Sakitnya hilang tapi seruas jari ni kebas. Mungkin lepas tidur, bangun pagi kebasnya hilang?
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan