Isnin, 20 November 2017

Gigi Cantik Senyum Menawan

Teks : Asyikin Aziz

Belek-belek nota mencari yang mana nak dijadikan ayat lengkap, dibuat karangan, menjadi perenggan lalu terbitlah entri baru hari ni.  Teringat, masa ke Econsave untuk penuhkan barangan dapur yang menyusut, hero minta ubat gigi. Terima kasih abang tolong ingatkan ubat gigi dah nak habis. Inilah padah bila keluar cari barang tak buat senarai. Ada yang akan tercicir.

Ubat gigi sinonim dengan gosok gigi. Ai mula kenalkan anak dengan berus gigi sejak mula keluar gigi. Tapi hero sulung Ai ni, tak bagi bondanya tolong gosokkan. Dia nak buat sendiri. Sampai sekarang alhamdulillah cukup senang gosok gigi. Tak macam sesetengah anak yang tak suka gosok gigi.

Masa bawa hero untuk suntikan bulanan, ada juga ibu-ibu yang sama menanti giliran tanya macam mana Ai ajar hero gosok gigi. Ai tiada jawapan tepat. Selain mula kenalkan gosok sejak kecil, Ai biasa juga mandi bersama anak-anak. Bila Ai gosok gigi, mereka juga akan gosok gigi. Masa ni, Ai bolehla demo cara yang betul pada mereka. Tapi sampai hari ni, Ai yang letak ubat gigi pada berus gigi anak-anak. Hai... kalau hero berdua tu yang buat sendiri, mahunya tiap hari buka tiub baru.

Kadang hero ada juga buat-buat lupa nak gosok gigi. Sebabnya bila mandi 2 beradik tu gemar main air. Bila tak gogok gigi je Ai momokkan hero dengan macam-macam masalah gigi. Ade ulat makan gigi, jadi rongak. Gigi hitam. Nanti tak boleh makan ayam KFC (kesukaan mereka). Jadinya, mereka ingat. sebelum mandi minta nak gosok gigi dahulu.

Ibu-ibu macam mana cara ajar dan latih anak gosok gigi?

Salam Kasih,
Ajar sejak kecil moga kekal sampai bila-bila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...