Teks : Asyikin Aziz
Semalam ada yang bagi video ceramah Dato Dr. Mohd Fadilah Kamsah ke whatsapp Ai. Video pedek ini dibuat untuk menjawab soalan dari ramai pengikut dan peminat beliau. Berkaitan perkataan yang diucapkan oelh ibu bapa, datuk, nenek, terhadap anak-anak kecil. Ini kerana kerenah anak-anak kecil memang menguji kesabaran. Macam Ai sendiri, punyai hero yang lasak dan aktif. Memang antara hero yang dikenali di perumahan Ai tinggal kerana tingkahnya.
Dalam video berkenaan DMFK menyatakan antaranya adalah ucapan adalah doa. Apa sahaja yang disebut oleh ibu ayah datuk nenek pada anak kecil adalah doa. Seeloknya sebutlah perkataan yang baik-baik walaupun tingkah anak menyakitkan. Biasa kita dengan orang sebut, 'anak bertuah' bila anak bertidak di luar jangka. Sentiasa sebut yang positif walaupun hakikatnya menyakitkan.
Beliau juga menyatakan, semasa makan juga jangan ada perkataan negatif. Ini kerana makanan (terutama air) boleh berubah sifat apabila disebut perkataan positif. Lagipun, masa makan (berbuka puasa) adalah antara masa mudah diperkenankan doa oleh yang Esa. Sentiasalah sebut perkataan positif ketika makan walaupun hati tengah sedih dan kecewa. Molekul air yang disebut dengan perkataan baik-baik (doa) berubah menjadi molekul yang sangat cantik.
Ada yang ada sesuatu dari entri Ai kali ini? Moga bermanfaat.
Salam sayang,
Akan sentiasa berkongsi.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan