Ahad, 26 November 2017

Belajar Tanpa Henti

Teks : Asyikin Aziz

Hari bermalas-malas ni, Ai menggodek-godek blog ni. Ingin menambah bahan baru untuk mencantikkannya. Maklumlah, Ai ni pelajar tua. Banyak perkara hadam perlahan-lahan. Tapi Ai tetap seronok. Belajar tanpa henti. Jangan bosan tau baca bebelan Ai ni. Ai belum lagi masukkan logo ABDR, logo Soho. Slowly nak masukkan. Tapi ni hero menjerit-jerit minta perhatian. Dengki tengok Ai khusyuk melayan cinta baru nih.

Hero kesayangan Ai.

Setiap hari dengan mereka ni, banyak perkara yang Ai pelajari. Menguji kesabaran juga dengan 2 hero lasak sedang membesar ni. Tapi belajar percuma ni menginsafkan. walaupun kekadang buat pitching suara Ai boleh meruntuhkan dinding rumah umpamanya. Hahah.

Antara yang Ai belajar dengan mereka, jangan berjanji jika tak dapat tunaikan. Biasanya apa-apa, Ai cakap siap-siap, nanti ye. Bukan sekarang. Nak apa-apa, nanti Bonda Baba free, baru Adam dan Adik dapat. Selalunya keluar makan KFC. 

Masa Ai ada kelas mengajar tuisyen, Ai pesan jangan kacau abang kakak belajar. Kalau kacau juga dapat upah. Ya, memang Ai bagi upah jika mereka ingkar. Alhamdulillah setakat ni, mereka ingat pesan tu. Maksudnya, apa yang kita cakap tu kena tunai. Jangan sekadar cakap sahaja. 

Nanti Ai sambung lagi ye. Hero dah minta peluk dodoikan.

Salam Sayang,
Akan terus belajar tanpa henti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...