Jumaat, 24 November 2017

Ulasan Kelas

Teks : Asyikin Aziz


Ai baru sahaja belajar cara nak buat blog. Belajar secara dalam talian. Cikgu Ai pun sangat baik orangnya. Bila beliau minta Ai buat ulasan tentang kelas membuat blog ni, jujurnya Ai tak tahu ape nak diulas. Bagi Ai, ia satu pengalaman belajar yang sangat menarik. Terlalu banyak yang dipelajari. Semuanya terlalu berharga.

Daripada langsung tidak tahu macam mana nak hasilkan blog, kini Ai mampu ada blog. Ini pencapaian juga kan? Dulu ikut beberapa orang blogger, tapi Ai tak pernah tinggal jejak. Sebabnya Ai tak ada blog. Tak suka jika letak komen tapi yang keluar nama "anonimous". Sejak tu berangan mesti best kalau Ai ada blog sendiri.

Jutaan terima kasih pada Puan Masayu Ahmad kerana mengajak Ai untuk turut serta dalam kelas blog ini. Belajar dengan beliau sangat menarik. Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Siap disertakan gambar dengan anak panah (jika perlu dimasukkan) supaya jelas. Maklumlah semuanya pelajar berusia. Seolah-olah belajar dalam kelas biasa. Padahal semuanya atas talian.

Masa memula join kelas, yes, Ai memang yakin Ai boleh siapkan tugasan yang diberi. Kalau perasan, banyak entri pada hari yang sama. Puan guru bagi cabaran 44 entri perlu diselesaikan dalam masa 20 hari. OKlah tidak membebankan. Lebih kurang 2 ke 3 entri setiap hari. Kena biasakan menulis. Baru idea mencurah-curah. Malah, masa untuk menulis juga puan guru bagitahu. Hah, bukan semua cikgu rajin nak berkongsi segala ilmu yang ada tau.

Bila puan guru bagitahu rekod sebelum ini ada pelajar yang dapat siapkan 44 entri dalam masa sepuluh hari, wah... teruja Ai. Ini cabaran kedua untuk Ai. Jika tak mampu pecah rekod sedia ada, Ai ingin kekalkan rekod sedia ada. Kan best macam tu. Nampak tak sebenarnya puan guru bagi cabaran berperingkat. Hah, cabaran ni lah perlu kita rebut. Tapi Ai gagal juga nak kekalkan rekod. Sebab coverage bermasalah di kawasan rumah. Sedangkan nota nak terbit sudah sedia dikarang. Frust!

Kepada sesiapa yang berminat nak punyai blog terutama blogshop, silalah berguru dengan guru Ai ini.Tak rugi untuk melabur dengan pulangan berterusan kemudian hari nanti. Sama macam berhabis duit untuk belajar meningkatkan jualan secara dalam talian. Blog juga antara medium untuk mencari pelanggan. Ya benar. Walaupun bagi sestengah orang, blog adalah ruang untuk simpan segala kenangan peribadi, untuk meluah perasaan. Sebenarnya fungsi blog sama sahaja dengan media sosial yang lain andai bijak memanfaatkan.

Terima kasih tak terhingga puan guru. Ai rasa sangat bertuah menjadi muridmu. Halalkan semua ilmu yang dikongsi. Ai akan manfaatkan sepenuhnya ruangan ini untuk berkarya . Aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...