Rabu, 8 November 2017

Salam Perkenalan


Salam kenal duhai sahabat. Ini sedikit info diri, moga antara kita lebih mesra.

Nama diberi oleh kedua orang tua adalah Norasyikin binti Ab Aziz. Biasa dipanggil Syikin di kalangan kawan sekolah. Namun bila bekerja, lebih dikenali dengan panggilan Nora. Bagaimana pun, dalam blog ini, ingin menggunakan ganti diri dengan nama 'Ai' aka I yang membawa maksud saya.

Menghabiskan usia remaja di asrama. Bermula dari sekolah menengah, kemudiannya ke matrikulasi sains (KPM) seterusnya ke universiti. Tak mampu belajar ke luar negara, cuma menyeberangi Laut China Selatan. Belajar di Bumi Kenyalang selama 4 tahun.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian, namun tidak bekerja sebagai Kaunselor. Cuma pernah bekerja dalam bidang perhotelan dan pengurusan sumber manusia. Sangat suka memberi khidmat nasihat, berjumpa ramai orang berbanding hanya bekerja di bilik berpendingin hawa semata-mata.

Menamatkan alam kerjaya setelah mendapat MSS akibat kegawatan ekonomi sejak tahun 2015. Pada masa yang sama anak kedua baru berusia 5 bulan. Mencuba nasib berniaga di alam maya. Bagaimana pun, produk pertama kurang diminati. Sekadar mencuba dan belajar.

Sekarang, menjumpai produk yang menepati minat dan serasi dengan diri. Boleh digunakan juga kepada 2 hero kesayangan yang sedang membesar. Apakah produk itu, nantikan di entri seterusnya.

Minat membaca pelbagai genre buku. Termasuk juga novel. lebih gemar novel penulis veteran kerana banyak menyelit nasihat, petua mahupun pengajaran daripada kisah yang dilakar. Genre agama dan motivasi juga antara pilihan.

Memandangkan berkelulusan kaunseling, pastinya berkebolehan mengendalikan sesi kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok. Tidak menjadi kaunselor bukan halangan untuk membantu orang ramai menyelesaikan masalah. Blog ini didoakan dapat dimanfaatkan untuk membantu. Berhajat untuk menggalas KB,PA dihujung nama. In sha Allah ada entri khas untuk ini kemudian.

Menjadi suri rumah bukanlah cita-cita. Tinggi impian untuk menyumbang kepada pembangunan nusa bangsa. Bagaimana cara seorang suri ini ingin mencapai impian? Blog ini penyampung wadah.


Salam mesra,
Suri berimpian tinggi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...