Jumaat, 17 November 2017

Memilih Tadika

Teks : Asyikin Aziz

Seperti yang dijanjikan, Ai nak berkongsi cara memilih tadika seperti yang Ai dapat dari kumpulan "Tip Didik Anak Genius" tu. Ai tiru satu-satu ayat tu tau. Memang bukan ayat Ai. Panjang tau.

Baca kat bawah ni ye cara memilih tadika terbaik untuk anak:


Ciri-ciri TADIKA pilihan saya | Dari kacamata seorang ibu.

1. Tiada buku atau buku yang sangat minima. Mengapa?
   ~ Tag line bagi seorang anak: Play More You Learn Better. Bermain adalah dunia mereka. Belajar sambil bermainitu adalah metod yang paling baik dan berkesan untuk seorang anak 0-6 thun (sesetengah kajian 0-8 tahun).

  Buat latihan dalam buku?
 ~ Jika tiada lagi bagus. Jika ada, minima 1-2 muka surat sahaja. Tidak lebih dari itu.

Jadi cikgu mestilah superb dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kaya dengan aktiviti dan aktif! Anak akan sentiasa ada aktiviti, bergerak, berfikir, berimaginasi, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

2. Tiada homework. Mengapa?
   ~ Anak sebesar 4 dan 5 tahun bawa balik homework? Oh no!

Anak saya memerlukan lebih masa bersama saya selepas waktu bekerja dalam bentuk bermain bersama, membacabersama, mengaji bersama, solat berjemaah bersama.

Can you imagine, kalau ada homework, anak akan serius melakukan kerja. Kalau tak siap dia akan menangis, Mak tertekan sebab tak boleh bantu. Anak pula paksa-paksa.

Thereal homework is, bersama dengan anak, banyakkan berkomunikasi dengannya. Baca bersama untu memperbanyakkan vocabnya dan banyakkan bergurau ketawa dengannya.

3. Aktiviti di sekolah lebih kepada hands-on activity. Mengapa?
   ~ Itulah cara yang paling bagus unntuk mengajar seorang anak 0-6 tahun.

Contohnya nak ajar anak Matematik. Kita mahu memperkenalkan prinsip tambah dan tolak. Bagaimana? Beri buku? No! No! No!

Anak belajar dengan 3 cara utama - secara visual, audio dan kinestetik.

Ambil 2 keping biskut misalnya. Terangkan kepada mereka (audio), tunjukkan biskut tersebut (visual), sentuh an makan biskut tersebut (kinestetik).

Cikgu ada 2 keping biskut. Ngap!... Yummy!!!... Jom kita makan 1 biskut.

Sekarang tinggal berapa biskut kita?

Satu!!!

See?This is how a child 0-6 years old learn. Jika bagi buku, depa koyak, depa tenung je buku tu. Depa tak nak buat. Bukan sebab depa pemalas, degil tappi sebab cikgu tak faham macam mana cara anak-anak ini belajar.

Kalau cikgu komplen cakap anak kita yang 4 tahun tu pemalas sebab tak nak buat kerja dalam buku, carilah tadika lain atau jomlah ajar anak sendiri di rumah. Serius!

4. Tiada time-out / denda / rotan / berdiri atas kerusi dan sebagainya.

Nak denda anak umur 4 tahun? sebab apa? Sebabdia gaduh dengan kawan dia? Sebab tak nak dengar cakap cikgu?

Meh tengok hadith pasal solat.
Nabi kata solat wajib umuq berapa?
1o tahun kan? Berapa lama seorang ibu dan bapa perlukan untuk mendidik seorang anak solat? Ya, 10 tahun!

Adakah gaduh dengan kawan tu dosa dia lebih hebat dari tak solat sampai kita suruh dia berdiri luar kelas?

Adakah tak faham apa yang cikgu ajar itu leih dosanya dari tidak solat sehingga anak itu disuruh berdiri atas kerusi?

Dan lagi 1, Nabi kata umuq anak 0-7 tahun macam mana cara bergurau, bermain dan bermesra dengan mereka.

Ingat tak cerita Hassan dan Hussin yang main di belakang Nabi semasa banginda solat? Nabi buat apa? Hambat pakai rotan ka...? Baginda suh depa berdiri hadap dinding ka?

Pernah dengar tak sebuah kisah, sahabat Nabi panggil anaknya supaya datang kepadanya. Kalau hang datang, ayah bagi ini. Nabi pun tanya, betui ka hang nak bagi dia kalau dia datang kat hang? Kalau hang tipu hang berdosa.

Tengok... betapa kasihnya Nabi pada kanak-kanak. Kita pula garang pada anak-anak. Bukan setakat itu, kita tak hormathak depa sebagai kanak-kanak.

5. Mempunyai cikgu yang memahami akan keperluan anak-anak di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa penting? Semua orang boleh mengajar budak kan?

Eh... jangan pandang rendah pada cikgu tadika. Ingat senang ke nak ajar pendidian awl kanak-kanak. Silap gaya hari ni masuk kerja, petang tengok-tengok dah hilang. hihihi... Sebab tak tahan anak tak duk diam. Ada yang menangis. Ada yang hingus meleleh. Belum lagi yang berak kencing dalam selar.

Ini sangat penting. Mengajar tadika tak sama macam ajar anak di sekolah menengah. Mengajar tadika bukan boleh duk saja menyandar sabil belek telefon. Sekali kita lepas pandang adalah karang anak yang bergaduh kat belakang, tercalar muka lah, terjatuhlah...

Cikgu yang tak faham pendidikan awal kanak-kanak, mereka kata anak yang mengamuk itu nakal, yang selalu menangis itu terlebih manja, yang tak nak buat apa yang cikgu cakap itu pemalas, yang selalu buat kawan itu degil...

6. Tiada exam! Mengapa?
   ~ Anak 4-6 tahun ada exam? Oh tidak!

Untuk apa kita put them in grades? Sebab nak anak kita duduk dalam kelas pandai bila masuk darjah satu.Betul tak?

Kalau anak kita tak duduk dalam kelas nombor satu,anak kita kategori bodoh kah?

Tahukah anda, banyak kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan anak kemampuan mereka untuk membaca adalah pada umur 7 dan 8 tahun. Sebab itu ada anak yang masa masuk tadika ramai parents kondem anak sebab tak pandai baca.

Yang ni dia tak pandai satu je iaitu tak boleh baca. Tapi yang dia pandai, kita tak nampak seperti pandai mngira, tulisan cantik, pandai bergaul, pandai bercerita.... Dalam tidak sengaja kita tidak menghargai dan merendahkan anak kita.

Mereka bukan tak pandai baca. Proses membaca itu sedang berlaku. They will know how to read at the right time, Insha Allah. Apa yang bolh kita buat adalah bantu mereka tapi bukan paksa dan marah-marah.

7. Tiada whatsapp group😄 Mengapa?
    ~Malas nak hurai panjang hehehe

Maaf. Sangat panjang status saya kali ini. Semoga mendapat manfaat.

Oh ya, lupa nak tambah.Kita bayar mahal ke tadika bukan bayar untuk cikgu buku then anak-anak buat kerja diam-diam. Kita mahu anak kita di sekolah melompat, bercakap, bergaul, bijak beremosi, berfikir, menyelesaikan masalah. Itu sebenarnya tugas anak dan cikgu di tadika.

Jangan lupa... cikgu sebenar adalah kita! :)

Ashikin Hashim


Fuh.... panjangnya betul Ai taip yang ni. Walaupun cuma tiru dari kiriman sahabat kumpulan TDAG je.

Moga ada manfaat. Ai pun baru nak hantar anak ke tadika tahun depan. Hehehe


Salam hormat,
Buatlah pilihan dengan bijak dan ikut kemampuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...