Teks : Asyikin Aziz
Belek-belek buku cerita kanak-kanak yang Ai beli khas untuk anak-anak murid kelas intensif. Ai tak baca pun buku tu. Tapi tahu la isi kandungan cerita. Anak murid tolong bacakan. Hahaha. Cikgunya banyak kerja, tak baca buku cerita macam tu. Tapi tahulah cerita sang Kancil.
Cerita sang Kancil sebenarnya nak ajar apa kat budak-budak ya? Nak ajar supaya kreatif dan bijak, tahu cari penyelesaian masalah dalam masa singkat. Masa-masa cemas. Walaupun dengan menipu? Terfikir juga, ramai yang kata, buda-budak jujur. Tak pandai menipu.Tapi dari pemerhatian Ai, ramai je budak-budak hari ni yang menipu. Sekejap cakap macam tu, lepas 2, 3 minit tanya lagi perkara yang sama, mesti dapat jawapan berbeza. Kenapa macam ni ya?
Apakah sebab pengaruh drama tv? Atau selalu sangat mak ayahnya ber'bohong sunat' maka anak-anak pun terikut? Macam Ai kalau hero tetiba bawa balik jajan lepasmain dengan kawan, memang Ai akan tanya betul-betul. Mana dia dapat jajan itu? Ai kawal pemakanan anak. Hero sulung terutamanya jenis sensitif. Alergik. Kalau mula-mula tanya dia cakap abang bagi, Ai akan ulang tanya beberapa kali. Kalau jawapannya konsisten sama, Ai puas hati. Kalau jawapannya berubah-ubah, Ai gunakan segala skil yang ada untuk pujuk dia buka mulut beritahu hal sebenar. Ai tak marah-marah, tapi peluk anak sambil tanya. Alhamdulillah setakat ni menjadi.
Percayalah, walaupun anak masih kecik jangan percaya cakap mereka 100%. Istilah budak-budak tak pandai menipu tu dah tak valid. Banyak pengaruh luar yang turut mengajar mereka. Cuba tanya perkara yang sama beberapa kali dalam selang masa tertentu.
Ai selalu ulang cakap dengan anak, tipu dosa. Allah tak suka. Tapi hantu suka. Kalau menipu, kawanlah dengan hantu. Allah tak sayang. tak boleh masuk syurga. Moga ulang-ulang cakap ni melekat di hati hero. Dijauhkan dari menipu. Waima tipu sunat.
Tipu or bohong sunat tu, takde dalam Islam. dan takde bohong berstatus sunat. Istilah ni digunakan bila terpaksa menipu untuk menyelamatkan diri/keadaan. Jangan biasakan, ajar dan latih diri bercakap benar walaupun pahit.
Salam Sayang,
Tak suka ditipu dan menipu.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan