Jumaat, 1 Disember 2017

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz

Diari terbuka 30/11/2107

Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka tertangguh untuk dikongsikan. Ada sikit pengajaran yang Ai dapat dari peristiwa hari ini.

Sekitar jam 11pagi, dapat notis semburan kabus (Fogging) akan dibuat pada jam 6.30 petang. Dalam notis tu dimaklumkan kena tutup akuarium. Kat rumah Ai ada akuarium kecil. 2 kaki x 1kaki x 1kaki je saiznya. Dalamnya ada ikan puyu dan ikan koi. Konon terapi kat rumah, tengok ikan-ikan berenang, bermain sesama mereka. Sebab akuarium tu tak bertutup, Ai mula bertanya macam mana nak buat. Sayang tau walaupun ikan-ikan tu bukan mahal harganya. Dapat ilmu baru. Tutup dengan kain lembab. Guna je kain lampin hero masa kecik. Basahkan dan tutup permukaan akuarium. Ai terus buat je. Takut lupa kalau dah hadap benda lain. Kerja rumah banyak nak diselesaikan.

Bila tiba jam 6.30petang, Ai dan anak-anak dalam rumah. Sekali hero sulung intai tengok ke luar. Menjerit ketakutan dia. Jenuhla Ai kejar dan peluk. Tenangkan dia. Tapi tak berjaya. Dia melepaskan diri dan lari ke tempat jauh dari ruang depan. Kali ni Ai ikut dia. Ai peluk. Dia nampak sangat ketakutan.Trauma. Ai pujuk dia jangan takut. Bonda ada. Bonda peluk ni. Ai tanya apa yang dia nampak.

Pertama kali melihat pakaian si penyembur kabus dengan muka tertutup itu menakutkan hero sulung. Padahal sudah biasa lihat pakaian begitu versi kartun dalam cerita Upin Ipin. Jadinya, Ai kaitkan persamaan cerita Upin Ipin dengan pakaian yang baru dilihat itu. Syukur Ya Allah engkau kembalikan semangat heroku yang hilang. Ai paling risau kalau dia teringat-ingat sampai terbawa dalam tidur. Mengigau dan bangun menangis di tengah malam. Ya, memang dia teringat tapi tidak mengigau. Alhamdulillah. Ai rasa Ai bonda yang berjaya untuk hero. Ai boleh tenteramkan jiwanya yang ketakutan. Padahal hero sulung lasak orangnya. Tidak terjangka dia akan menjadi sebegitu.

Peristiwa ini akan Ai kenang. Banyak pengajaran yang pelajari hari ini. InsyaaAllah akan dikisahkan pada hero kemudian waktu kelak.

Buku Fuiyoo Cambah Minat Belajar Matematik

Teks : Asyikin Aziz   Foto : Grup Buku Karangkraf
Whatsapp : 011-5517 4926


Dengan lukisan karikatur pada setiap muka surat, diajar teknik menyelesaikan permasalahan Matematik dengan mudah, buku Fuiyoo Senangnya Matematik perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai buku rujukan. Buku ini dihasilkan seperti komik dengan karikatur dan ayat-ayat yang kelakar untuk menarik minat pelajar terhadap subjek itu. Terutama dengan persembahannya yang menarik dan tidak terdapat dalam buku rujukan lain.


Buku ini merangkumi semua topik penting dalam buku teks. Berdasarkan skop/topik penting yang lengkap dengan teknik yang mudah difahami. Terdapat 4 buku Fuiyoo Senangnya Matematik iaitu:

Tingkatan 4-5
Tahun 1-6






Matematik Tambahan (Tingkatan 4-5)



























Buku ini juga sesuai dijadikan buku rujukan guru-guru sekolah mahupun guru tuisyen. Amat berbaloi dengan harganya. Cuma RM25 senaskah.

* tiada gambar disertakan : Matematik Tingkatan 1-3.

Salam Kasih,
Bku Fuiyoo pilihan terbaik pelajar masa kini.




Ebook-ku Islamic SE - Gajet Anak Kecil

Teks : Asyikin Aziz
Whatsapp : 011-5517 4926

Rasanya ramai yang perasan anak-anak akan ikut apa yang selalu mereka dengar dan lihat. Macam hero Ai, selalu juga panggil bapa saudara mereka dengan panggilan 'abah', 'ayah', sama macam sepupunya. Sebab terikut apa yang sepupu panggil. Itu apa yang anak-anak selalu dengar. Begitu juga apa yang mereka lihat. Pengaruh tv mula memberi kesan pada anak-anak jika dibiasakan menonton rancangan lasak, menjadikan mereka juga turut lasak.

Ebook-ku Islamic SE ini memiliki ciri-ciri istimewa untuk menunjukkan contoh yang baik pada anak kecil. Jika ibu ayah kerap dengan gajet, maka Ebook ini merupakan gajet terbaik anak kecil. Sama-sama ada gajet masing-masing. Tetapi gajet anak lebih kepada pendidikan mereka.

Mereka boleh mendengar alunan surah lazim, doa harian juga asmaul husna dengan ebook ini. Kerap kali mendengar kalimah Allah ini pasti mereka akan menyebutnya dengan baik. Bukankah ini lebih seronok didengar? Melihat gambar pergerakan dalam solat, juga pasti akan diikut. Memudahkan ibu bapa untuk mengajar anak-anak tahu kewajiban solat seawal usia.

Antara yang anak kecil boleh dbelajar dari ebook-ku Islamic SE.

Kebaikan lain ebook ini ialah dapat mengurangkan ketagihan anak ada gajet seperti smartphone, tablet yang boleh merosakkan mata dan merendahkan tahap IQ mereka. Juga dapat menguatkan ingatan dan hafalan. Juga dapat belajar 2 bahasa dengan 1 buku sahaja.


Salam Hormat,
Pilih yang terbaik untuk kesayangan



Menguatkan Memori Pelajar

Teks : Asyikin Aziz

Pelajar selalunya digalakkan memakan kismis untuk menguatkan memori. Tetapi ramai antara kita yang salah cara untuk memakan kismis. Ia bukan untuk dikunyah. Tetapi kismis perlu dinikmati dengan menghisap perlahan-lahan sehingga rasa manisnya hilang. Itu cara terbaik memakan kismis. Cara ini yang jarang diamalkan oleh orang kita. Ai sebelum ini juga makan kismis dengan cara mengunyah, tetapi Ai terjumpa satu perkongsian mengenai ini. Maka, Ai mula ubah cara memakan kismis.

Untuk hero, Ai rendam kismis dengan bilangan ganjil untuk mereka minum. Biasanya Ai buat 7 biji kismis untuk segelas air. 2 orang hero, Ai buat dalam 21 biji. Rendam dalam satu jag kecil. Rendam semalaman sahaja. Ada orang namakan air rendaman kismis ini dengan nama 'air nabiz'. Ai cuma panggil air kismis. Sama juga dengan kurma. Boleh juga direndam begini. Tapi makan macam tu pun ok kalau kurma. Ai tak suka yang manis dan lembik. Sikit memilihlah kalau kurma ni. Dapat kat hero, sekejap je habis.

Selain kismis dan kurma, makanan lain untuk menguat memori antaranya adalah tomato, terung, avocado, brokoli. Kategori sayur-sayuran yang biasanya jarang digemari oleh anak-anak. Tapi kalau kekacang pasti anak-anak suka makan. Banyak jenis kacang, tapi kacang brazil dan pistachio@kacang cerdik kata orang kampung saya, pilihan terbaik untuk menguatkan ingatan.

Selain itu, susu kambing juga boleh menguatkan memori. Ini tidaklah Ai amalkan sebab Ai tak tahan dengan bau hamisnya. Ai minum susu kambing yang ada perisa, itu pun masa mengandung dahulu. Dah kurang khasiat susu kambing yang Ai minum. Tapi susu kambing tu minuman nabi. Sunnah tu. Macam mana nak ikut ni?

Ada lagi makanan lain untuk menguatkan memori. Tapi Ai kongsi apa yang Ai tahu dan amal je. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya. Atas keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Setiap apa yang Allah jadikan itu, ada sebabnya.


Salam Kasih,
Kena rajin cari kajian mengenai ini.

Semburan Kabus dan Trauma

Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...