Teks : Asyikin Aziz
Follow cerita Ai akan tahu, Ai mula mengajar tuisyen di rumah lepas bergraduat. Sementara nak dapat kerja. Memulanya Ai tengok kawan-kawan adik datang ke rumah lepas sekolah. Ingatkan mereka ada study group, rupanya tak. Kawan-kawan adik datang untuk meniru jawapan kerja sekolah adik. Seminggu Ai perhatikan.
Minggu berikutnya, Ai tegur mereka. Kalau meniru, memang jawapan betul. Tapi sampai bila pun tak pandai. Lebih baik belajar.
Daripada bantu mereka siapkan kerja sekolah, mereka pula seronok belajar dengan Ai. Hari-hari datang ke rumah. Siap buat kerja ekolah, merekaminta ajar mana-mana ab yang tak faham.
Bila diajar dalam kumpulan kecil macm ni, mereka nampak lebih seronok belajar. rajin bertanya soalan. Kalau disoal pun mereka berebut nak cuba jawab. Ai lagilah seronoj macam ni. Walaupun mengajar percuma je tanpa bayaran, tapi peljar yang datang tu faham apa yang Ai ajar.
Berbeza dengan sekarang. Kegawatan ekonomi dan banyak komitmen. Selepas dapat MSS, Ai cuba juga cari kerja. Tapi semua yang pergi interview tak bleh tawarkan gaji yang lebih baik dari gaji terakhir Ai. Heheh😉 Ai kan dah bagitahu, menjadi surirumah bukan impian Ai. Makanya Ai pasang kembali niat mengajar. Dengan harapan dapat berbakti.
Ai ingin jadi surirumah yang berduit. Sambil jaga anakkemas rumah tapi boleh jana pendapatan. Tak mengharap duit yang dihulur semata. Mana tahu kalau simpanan sudah banyak boleh punya aset sendiri. Seronok, kan?
Selain itu, niat nak memandaikan bangsa sendiri. Iya, pelajar yang datang belajar dengan Ai semuanya Melayu. Bukan racist, tapi mereka adalaj jiran Ai. Kalau jiran Cina nak Ai ajar anak mereka, Ai OK je. Sedia berkhidmat untuk semua.
Salam mesra,
Cikgu tuisyen cum penjual buku rujukan.
~Bukan nak menunjuk pandai tetapi berusaha memandaikan diri, ~Bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi lebih baik. ~Bukan hebat tetapi berusaha menghebatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semburan Kabus dan Trauma
Teks : Asyikin Aziz Diari terbuka 30/11/2107 Lewat diari ini dapat dinukilkan di sini. Ralat sangat. Tapi sebab badan sakit-sakit, maka ...
-
Teks : Asyikin Aziz Foto : Anak-anak memang gemar bermain. Jika diajak belajar, ramai kanak-kanak tidak akan endahkan ajakan itu. Berbez...
-
Teks : Asyikin Aziz Nak galakkan anak minat membaca, mahir membaca bagi anak tadika atau darjah 1 ibu bapa kena kenalkan anak dengan baha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan